Thursday, February 19, 2009

SECANGKIR WHITTE COFFEE SEBALUT DAUN TEMBAKAU CINA SEKEPING ROTI TAWAR



KITA YANG HAPRAK!!!
Tgh mata aku ni masih terkebil-kebil. Tercengang-cengang
Lepas keluar dari SEVEN-E sambil pegang seTin REDBULL
Jalan lar aku sorang diri menelusuri rumah-rumah kedai yang bersepah kat
KUALA KEDAH HABOUR-dengan para tuanya para muda mudinya para pelancungnya para-para dan para lagi lar .sedang hadapi reality hidup dgn destinasi masing-masing.ada yg tengah balut daun tembakau cina-sambil asap berkepul-kepul itu mencecah ruang kecil hidung ku. sambil sorang lagi brsila panggung dalam restaurant yg tak sebesar mana- kehulu kehilir anak muda menggalas tangungjwab mereka mengusung sebungkus beg plastic yg dalam nya terisi helaian penuh AL-QURAN- ada yang menjunjung dikepala. Menyendeng di bahu! Sekejap datang sorang Macha. Sedang uncle Ice PAddlepop datang pula pakcik sate menonggeng motosikal tuanya Huh!! .meriah beb! Suasana yang belum pernah terlihat
Oleh mata sepetku niyh-hehe~ ehem-ehem!!! Okay kemudiannya seketika muncul satu scene yang ramah teruk! Semua pakcik-pakcik atau sng cakap! Otai kuala-Kedah niyh tgh lepak ramai-ramai. Ada melayu ada cina ada India suma nampak cool ja beb! Sambil lampu jalan terpasang indah telusuri jalan rayanya yg agak sibuk! Wargan ini masih sempat tuk borak pasal anak bini- family kengkawan diowang-rezeki diowang di laut nun! Happening beb! Pastu sesaat kemudian tgh aku mula nak langkah kaki busuk ku ni pulakdah muncul sowing mamat niyh! Eh minah niyh! Erh! Argh!!! Nak cakap pun serba tak kena la pulak! Senang cakap BAPUK lar! Huh huh huh lega! Herm nama dia setahu aku stlh dapat data sulit from kengkawan kat situ- nama dia ntah apa pun tak tahu lar. Cuma gelaran dia lar CIKIDI kira top lar dia niyh! Dengan skinny jeans plus Baby t. dgn Beg kaler pink ntah apa jenama .fushhh!! Mantap beb cair para-para otai kuala kedah niyh.nampk cam awek belasan tahun yg sedang menginjak hidup para dewasa.. Sambil jenjalan blakang CIKIDI niyh lar ramai ja yg tegur dia.asal aku diowang tak tegur pun pastu dengan ramahnya lak dia layann pakcik-pakcik kat situ! Gedik siot!

Sesaat kemudian lak cuping telingaku ni hinggap sewarkah suara from ntah pakcik mana ntah. Time tu ada sorang pakcik and dua uncle cina depan kedai gambar JAKARTA. Pakcik ni kira nmpk cam berumur lar skit ! kpla pn dah putih skit! Tak banyak.

“ CIKIDI tu dulu sama sekolah ngan saya tu
Satu kelas lagi,dari dulu sampai skang camtula
Masih ramah macam dulu”

Perhg!! Gila! Cikidi ni makan jamu awet muda ka? Ku pun tak brani nak cakap pasal ni! Pasal cikidi lar herm ntah lar warga kat sini tak pernah tohmah menohmah beliau pasal pnmpilan dia yg lari dari jantina yg tertera kat identity card beliau- pasal kita bukan kat tmpat dia! Kita taktau apa rasa? Keinginan dan kecedurangan beliau kearah feminine -
Why? Jadi jgn senang-senang Kutuk beliau- bukan aku sokong pun- Cuma- cuma -cuma aku kesian kat dia pasal dia camtu suma owg nak buli dia lebih-lebih budak Bandar yg kemaruk sesuatu- aku bukan apa taknak lar korang terus pandang hina ngan golongan ni pasal golongan ni juga lar yg pernah menyelamatkan aku dari satu masalah yg aku hadapi sekian lama dulu! Waklaupun bukan CIKIDI tapi kira seGENG la ngan dia ni! Masalah yg GENG2 SEJENIS ngan aku pun tak leyh tolong susah sgt macam2 bagi alasan ‘bukan masalah kemaruk ehem-ehem‘herm pasal CIKIDI ni Cuma ALLAH yg tau! Pasal ALLAH yang cipta dia! Bukan kita
Cuma berdoa yg mampu agar dia diterima ALLAH satu kala penhujung nanti.
Masih ada pintu taubat kah? Ada kot!
Aku tak nafikan dari pandangan hiba aku niyh. Kehadiran SI Dia tu bagai satu hiburan kat situ! Semua org pun nampak happy –Harmoni gila ! tak kira melayu india cina pun bleyh lepak-lepak sembang kedai kopi “maaf! kat sini takda WHITE COFFEE “ enjoy ja hidup
Sambil jalan aku perhatikan bintang-bntg kat langit nun! Malam ni malam yg agak lain ckit lar dari malam-malam biasa malam yg bagi aku menonjolkan sikap warga kuala kedah niy- mungkin ramai org kat luar sana yang akan cakap kuala- mana-mana kuala dalam Malaysia niyh lar cam tmpat paling busuk lar sampai ada lak mat-mat town mana ntah boleh labelkan KUALA KEDAH niyh sebgai jeng-jeng! THE BlACK AREA.. cis! kurang asam senang je cakap cenggitu padahal warga inilah yag dari dulu sampai skg cuba tangkis semua metreologi busuk tu! Cuba hindarkan waris-waris mereka ngan gejala tok nek moyang gila- cuba nak bersihkan nak bangun kan tmpt lahir diowang tempat cari makan anak bini diowang!pastu Senang-senang lak diowang niyh create and labelkan ngan title2 busuk camtu. Mat-mat Bandar ni penah ka pi kelaut? Tangkap ikan tgh panas-
Start subuh menyinsing lepas solat dah terus berkejar ke laut! Bertarung ngan petir! Ombak ganas! Menyabung nyawa diowang bagai tergantung kat langit senja! Bila2 bisa jatuh takda penyambut! Mat town ni takyah tnya ke laut lar! Tgh pns pun tak mau

“lar memang pun kite kan kat Of traford Manchester skrg ni kan?”

Tapi warga-warga ni lak masih tak kata pun mat-mat Bandar ni
“ #$*^% btoyh lar!”

Knpa minda kita busuk sebusuk kilang baja hah? Menghina warga yg dah banyak bagi pengorbanan! Kita yg tiggal kan parut pada warga KUALA ni. Kita yang patut dipersalahkan dipertanggungjawabkan dngn tohmahan ntah apa-apa kita sampai lekat dijantung para-para waris wakil harapan masa tua diowang! Masih sampai kini kita mencela- mencaci
Kononnya warga kuala ini ehem cam ini la itu lar! Bengang lak ku dengar-
Sudah-sudahlar ! Waris diowang dah jadi cam Yakuza- Tanya mana asal usul semua takut! Padahal kepala jin aprit tu lar!! Tuu! Tuu!! Nampak ? tu!! Kita lar sapa lagi?
Balik cecah roti gardenier korang DONUT KING korang ngan WHITE COFFEE korang!

Sejarah




REMAJA>>

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapaPada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-anganRemaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
Senang Terpengaruh oleh EmosiOrang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
(daripada sumber dari internet)

SEJARAH>>


Sejarah ialah penafsiran dari peristiwa lepas, masyarakat dan tamadun. Istilah sejarah berasal dari Greek historia (ἱστορία), "suatu akaun dari selidikan seorang," dan berkongsi yakni etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan yakni "sejarah dari akal lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi yang dari dunia semulajadi juga. Ia segala-galanya yang mengalami perubahan; dan laksana sains moden telah menunjukkan yaknii tiada yang mutlaknya statik, oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
Norman Cousins

sumber internet

Antopologi

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.
Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:-
Antropologi budaya
Antropologi fizikal
Antropologi linguistik