Monday, September 17, 2007

pondok usang belakang villa

Dengan hati kering merekah
bangga melontar kata
Anak mu berbicara derhaka

"wahai pengemis tua..
pergi kau dari villaku..
tiada layak hina kakimu..
silakan engkau berambus"

dengan kosong jiwa jahil
isteriku lontar celanat bicara

"wahai ibu mertuaku
tiada hidupmu dalam
keluargaku.. jauhlah engkau
dari Anakku"

putera-puteriku diam kaget

dengan hati lumpuh
berpanah bisa
rongga merapuh ihsan
hati punah bersama lara tiada tara

pabila saat nya aku habiskan sisa
hidupku sebagai insan tiada
bermaruah di pondok usang belakang villa
mengertilah aku akan hibanya ibu..
pengemis tua..

Remaja

remaja kini bukan hanya takat berpegangan tangan di taman-taman menjadi penginapan di sini-sana terselit adegan terlampau di sajikan bahan berunsur barat judi dan arak tak dapat di pisahkan bergelimpangan dosa.Pantang diusik pantang di cabar pertahankan maruah? maruah demi siapa? membuta-buta ada disepak terajang di suratan akhbar terpampang.Dimanakah kebenaran pepatah melayu berkata takkan melayu hilang di dunia,tapi budaya siapa jelajah anak bangsa. Kuharap kan permata bersinar asli bukan berlia mengaburi hati..
Tuhan tunjukkanlah kebenaran itu..

Sejarah




REMAJA>>

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapaPada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-anganRemaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
Senang Terpengaruh oleh EmosiOrang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
(daripada sumber dari internet)

SEJARAH>>


Sejarah ialah penafsiran dari peristiwa lepas, masyarakat dan tamadun. Istilah sejarah berasal dari Greek historia (ἱστορία), "suatu akaun dari selidikan seorang," dan berkongsi yakni etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan yakni "sejarah dari akal lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi yang dari dunia semulajadi juga. Ia segala-galanya yang mengalami perubahan; dan laksana sains moden telah menunjukkan yaknii tiada yang mutlaknya statik, oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
Norman Cousins

sumber internet

Antopologi

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.
Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:-
Antropologi budaya
Antropologi fizikal
Antropologi linguistik