Friday, January 11, 2008

Pencarian iii



DALAM MENCARI SIAPA TUHAN


Aku tubuh sekujur disini.terdampar sepi atas batu lautan mimpi. di harung ombak sepi.. Aku ingin melihat matahari. aku ingin menghadap sinaran itu..tapi awan hitam ini masih disini mengaburi aku..hilannglah..pergilah..beraraklah awan hitam..jangan kau selubungi aku..Ahh!!!sedap,tubuhku selesa,panas menyenangkan,matahari hebat berkuasa,kuasanya mampu menerangkan seluruh alam semesta..matahari kau tuhanku..kau tuhanku..kau tuhanku..
Eh!!! mana pergi matahari,gelap..senja..dingin malam ini ..Ahh!!!bulan,bintang menyinar gemerlap bercahaya gemilang..indah mengindahkan jiwa,,ah..syahdu malam ini.. bulan,bintang kau tuhanku..kau tuhanku..kau tuhanku..Eh!! mana pergi bulan matahari? bintang? mendung suram,langit wahh!! mencakupi bulan,bintang dan matahari..langit luas berelung jutaan luas..langit..langit..langitlah tuhanku..langit tuhanku..langit tuhanku..
tunggu!!tunggu!!tunggu!! aku mampu mencari siapa tuhan..aku hebat..aku hebat..aku hebat..aku makhluk yang bergerak mampu mengubah mata dunia,aku tuhan aku tuhan aku tuhan..Hey!!! manusia!! jangan kamu menyembah bulan,bintang,matahari,langit,segala bumi..kerna aku lah tuhanmu... aku tuhan!
TUNGGU!!!kamu cuma makhluk seperti kami..apa kamu punya kuasa apa?? Ahh!! benar..aku cuma makhluk seperti mereka..punya dua mata..punya dua telinga..punya sepasang kaki,tangan mulut dan kenapa mereka juga punya yang sama??
Ahh!!jkalau aku benar tuhan pasti aku tidak memerlukan udara untuk bernafas!!Air untuk hidup!! matahari untuk melihat bumi..sepastinya aku benar tuhan pasti aku berkuasa ke atas semua ciptaan yang meliputi bumi dan langit..petala langit.. aku bukan tuhan..aku bukan tuhan..aku bukan tuhan... habis mana tuhan???siapa??

Sejarah




REMAJA>>

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapaPada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-anganRemaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
Senang Terpengaruh oleh EmosiOrang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
(daripada sumber dari internet)

SEJARAH>>


Sejarah ialah penafsiran dari peristiwa lepas, masyarakat dan tamadun. Istilah sejarah berasal dari Greek historia (ἱστορία), "suatu akaun dari selidikan seorang," dan berkongsi yakni etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan yakni "sejarah dari akal lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi yang dari dunia semulajadi juga. Ia segala-galanya yang mengalami perubahan; dan laksana sains moden telah menunjukkan yaknii tiada yang mutlaknya statik, oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
Norman Cousins

sumber internet

Antopologi

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.
Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:-
Antropologi budaya
Antropologi fizikal
Antropologi linguistik