Tuesday, June 9, 2009

BILA MATA MEREKA MATI

Tanganku bergetar
Jiwaku berdetar
Mata ku terbinar-binar
Langkahku bukan berjalan.
Menatap bukan milikku.
Hanya menatap inginku.
Semua yang kujaga
Semua yang ku damba.
Semua dah musnah.
Mungkin ada cerita,
Biar mereka cerita.

Saturday, March 28, 2009

LAYAR LANTANGMU

lantang bicaramu
sesat bayu bawamu
usah sendu layarmu
bukan sini tempatmu

kau bengongkan si buta
tersedia untuk dipancung
jamah bisunya kau ratah
atas veto riakmu

tertawa sang kuman
kau nmpak sang virus
halus perhatimu
halus angkaramu

GADIS SI KUPU-KUPU SYURGA


Aku terbaring atas katil ini. Dalam bilik yang berwajah gelap . Cuma seraut cahaya menyingkap didada sang tingkap. Mataku pandang ke syiling kusam itu. Cuma kipas angin yang ligat putarannya. Angin terus menghala ke arahku. Menampar dada ku . membelai rambutku.menerjah wajahku. Dalam hati aku runsing. Dalam tangis aku mula menari. Aku sedar bahawa aku masih tak sedar. Aku tak sedar yang aku telah sedar dari egoistik yang aku sengaja lupakan. Sengaja tidak endahkan.

Sang tingkap itu saban hari tertutup.terbukanya tidak. Tirainya tiada. Debu-debu halus melekat pada dada tingkap.bagai kabus. Musim hujan selalunya begini. Kepalaku dongakkan melihat diluar tingkap. Sana ada jalanraya. Sana ada orang kesini-kesana .
Sana ada anak kucing dalam ketakutan. Ada anak-anak kecil berteriakan.terpekik terlolong.sana ada banyak poster politik budaya kosmopolitan. Sana punya isu yang menangis minta bela. Minta diterima. Sana juga banyak kuasa veto para penggubal.sana banyak bertopengkan malaikat dari bertopengkan syaitan. Dunia dah banyak terubah.
Sana ada bom sang dajal. Sana ada darah dan luka. Banyak bertaburan dilema. Banyak mata yang tidurnya tidak mahu jaga. Banyak korupsi dari memberi. Banyak yang menimbang debu dari pagi ke senja. Ambilnya tidak. Ramai cipta propaganda. Banyak suara seakan histeria.

Telingaku tertangkap bunyi-bunyian. Bunyinya seakan langit dah rebah ke bumi. Perlahan tubuhku keraguan. Tanpa soal aku bingkas bangun. Dari kamar aku keluar. Menuruni anak tangga yang tiada hitungnya. Kiri-kanan gelap. Langkahku menari. Sampai bila akan habis anak tangga ini? Sambil letih aku hela nafasku. Bau disini tidak enak. Tiada selera. Bau yang suram. Aku terbau jiwa-jiwa yang merintih.

‘Sampai bila aku nak berjalan ni!!’

“Berjalanlah walau telah habis terang”
Ada suara yang menyahut. Gemanya tua. Gemanya ramai. Gemanya bernafas harap. Harapan untuk aku?

Aku berjalan atas mozek lama. Satu ruang yang mereka cipta. Satu ruang mereka bina.
Telusuri aku atas jalan ini.kiri kanan dinding hipokrit.banyak tergantung potret tokoh gila. Sini gelap. Sunyi. Pedap , Cuma detap tapak kasutku yang berlagu asyik . sepasang mataku nampak apa yang didepan. Cahaya dari langit. Cahaya yang membawa mimpiku hilang. Sepasang mataku nampak apa yang didepan. Seorang gadis. Menyangkung duduknya.disudut yang penuh hina. Menangis matanya. Tersedu jiwanya. Sambil cahaya dari langit memancari dia. Sambil angin panas cuba bawanya terbang dari hati kusam yang siksa. Sambil semua yang memandang tak terasa hiba. Dunia yang terlupa.

Situ ada cahaya. Situ munkin punca. Situ mungkin ada jawapnya. Situ juga mungkin banyak soalnya. Langkahku hayunkan. Situ ada pintu. Ada banyak cahaya. Pintu terbuka. Sang gadis itu bagai hilang ditelan cahaya benderang. Situ ada banyak jiwa,merabaku. Ada membelaiku. Ada menamparku. Luar pintu itu ada taman. Taman tinggal. Taman cekal. Taman lalai.





Satu kerusi panjang menghias seruang taman tidak terjaga. Bunga-bungaan tumbuh meliar. Daun-daunan hidup terbiar. tanah yang terasa sunyi . kumbang mula cari pengganti. Rerama mula tiada selera beterbangan sini sana. Mereka hanya nampak batu-batuan.Cuma nampak besi keluli dan konkrit. Manusia sudah cipta media. Apa saja terpancar di skrin batu. Hanya terpandang asap dan debu. Rerama ingin ke Pub dan disko. Ingin menari tanggo atau breakdance. Sang kumbang tidak lagi minat dengan madu. Mahu hirup rasa mewah. Bukan mahu lupa. Tapi ramai kawan-kawan dah berhijrah. Dia mungkin bakal turut sama.


Aku duduk di kerusi itu. Dua tapak tangan aku mula menadah. Satu-satu gugurnya daun-daun atas pokok tempatku istirehat. Sambil angin mula membelai wajahku. Tiba seorang gadis bisu. Dengan angin dia datang agaknya. Dengan langkahnya yang makin hampir .
Buat aku terasa panas dingin. Skirt pendek paras lutut sekali sekala menggapai seraut wajah yang tak pernah telus. Rambutnya panjang. Seronok dibuai angin . Hanya diam dia melihat. Hanya bisu dia bercakap. Dia ajak aku menarikah? Atau dia mahu aku bawanya keluar dari taman ini? Atau dia mahu aku terus ditaman ini. Bersamanya. Sampai bila? Selamanyakah?

Tangan halusnya mengapai tanganku. Erat. Dangan sayang rupanya. Aku dah faham. Tangannya juga mengalir darah sejuk. Darah derita. Rasakan yang dia sengsara. Bukan perasaan biasa yang aku rasa. Kemana dia nak bawa aku pergi? Sambil bisu mulutnya terus-terusan. Buat aku tergamam. Sambil matanya memandang tanpa mampu aku perhatikan. Pandangan yang tiada perasaan. Tiada fikiran. Kosong. Langkahku terus asyik mengekori langkah tarinya. Tubuhnya bagai menari gembira. Tapi wajahnya sedikit tidak mengiyakannnya.

Awan redup mula hijau. Rumput-rumput makin segar. Sini-sana ada gunung-ganang. Ada bunga-bunga tumbuh meliar gugur satu persatu.aku tak nampak matahari dari tadi. Terang yang suluhku ini datang dari mana?

Titis-titis hujan mula turun. Sambil daun-daun berkeroncong. Langkah tarinya tiba-tiba terhenti. Wajahnya masih sama. Aku juga masih bingung. Tangannya perlahan-lahan melepaskan erat tanganku. Kepalanya mendongak. Tubuhnya rebah ke tanah




Hey gadis!
Siapa kau?

Wajahnya tetap kosong. Matanya tetap kosong. ,masih lihat hujan turun dari langit. masih menatap pelangi yang lama terbina . Tapi baru aku terperasan Segenap masa yang entah bila mulanya. Akhirnya dia cipta reaksi. Airmata mengalir dari hati yang aku tak dapat teka kenapa.



“Aku Cuma bidadari
Yang ingin rasa secebis kasih
Ingin lihat sepancar sinar
Boleh kau berikan?”

Dan dari segenap masa yang entah bila mulanya juga aku mula mengerti dan menerima rasa-rasa yang tiba-tiba muncul dan menharu di jiwa.

Sambil angin bertiup. Sambil hujan itu meratapi tanah ini. Sambil titisan hujan membelai wajah kosongnya. Sambil rumpun-rumpun dibasahi. Segar. Sambil bunga-bungaan terus mekar walaupun meliar. Sambil aku telah mengerti apa yang aku bingungkan. Sambil wajah kosongnya mula mengukir segaris senyum.sambil jiwa-jiwa yang lain berasa tenang.

Esok lusa aku dan dia ingin ke langit.mungkin ke pelangi itu. Mungkin berlari . mungkin berjalan. Mungkin berterbangan.

Thursday, February 19, 2009

SECANGKIR WHITTE COFFEE SEBALUT DAUN TEMBAKAU CINA SEKEPING ROTI TAWAR



KITA YANG HAPRAK!!!
Tgh mata aku ni masih terkebil-kebil. Tercengang-cengang
Lepas keluar dari SEVEN-E sambil pegang seTin REDBULL
Jalan lar aku sorang diri menelusuri rumah-rumah kedai yang bersepah kat
KUALA KEDAH HABOUR-dengan para tuanya para muda mudinya para pelancungnya para-para dan para lagi lar .sedang hadapi reality hidup dgn destinasi masing-masing.ada yg tengah balut daun tembakau cina-sambil asap berkepul-kepul itu mencecah ruang kecil hidung ku. sambil sorang lagi brsila panggung dalam restaurant yg tak sebesar mana- kehulu kehilir anak muda menggalas tangungjwab mereka mengusung sebungkus beg plastic yg dalam nya terisi helaian penuh AL-QURAN- ada yang menjunjung dikepala. Menyendeng di bahu! Sekejap datang sorang Macha. Sedang uncle Ice PAddlepop datang pula pakcik sate menonggeng motosikal tuanya Huh!! .meriah beb! Suasana yang belum pernah terlihat
Oleh mata sepetku niyh-hehe~ ehem-ehem!!! Okay kemudiannya seketika muncul satu scene yang ramah teruk! Semua pakcik-pakcik atau sng cakap! Otai kuala-Kedah niyh tgh lepak ramai-ramai. Ada melayu ada cina ada India suma nampak cool ja beb! Sambil lampu jalan terpasang indah telusuri jalan rayanya yg agak sibuk! Wargan ini masih sempat tuk borak pasal anak bini- family kengkawan diowang-rezeki diowang di laut nun! Happening beb! Pastu sesaat kemudian tgh aku mula nak langkah kaki busuk ku ni pulakdah muncul sowing mamat niyh! Eh minah niyh! Erh! Argh!!! Nak cakap pun serba tak kena la pulak! Senang cakap BAPUK lar! Huh huh huh lega! Herm nama dia setahu aku stlh dapat data sulit from kengkawan kat situ- nama dia ntah apa pun tak tahu lar. Cuma gelaran dia lar CIKIDI kira top lar dia niyh! Dengan skinny jeans plus Baby t. dgn Beg kaler pink ntah apa jenama .fushhh!! Mantap beb cair para-para otai kuala kedah niyh.nampk cam awek belasan tahun yg sedang menginjak hidup para dewasa.. Sambil jenjalan blakang CIKIDI niyh lar ramai ja yg tegur dia.asal aku diowang tak tegur pun pastu dengan ramahnya lak dia layann pakcik-pakcik kat situ! Gedik siot!

Sesaat kemudian lak cuping telingaku ni hinggap sewarkah suara from ntah pakcik mana ntah. Time tu ada sorang pakcik and dua uncle cina depan kedai gambar JAKARTA. Pakcik ni kira nmpk cam berumur lar skit ! kpla pn dah putih skit! Tak banyak.

“ CIKIDI tu dulu sama sekolah ngan saya tu
Satu kelas lagi,dari dulu sampai skang camtula
Masih ramah macam dulu”

Perhg!! Gila! Cikidi ni makan jamu awet muda ka? Ku pun tak brani nak cakap pasal ni! Pasal cikidi lar herm ntah lar warga kat sini tak pernah tohmah menohmah beliau pasal pnmpilan dia yg lari dari jantina yg tertera kat identity card beliau- pasal kita bukan kat tmpat dia! Kita taktau apa rasa? Keinginan dan kecedurangan beliau kearah feminine -
Why? Jadi jgn senang-senang Kutuk beliau- bukan aku sokong pun- Cuma- cuma -cuma aku kesian kat dia pasal dia camtu suma owg nak buli dia lebih-lebih budak Bandar yg kemaruk sesuatu- aku bukan apa taknak lar korang terus pandang hina ngan golongan ni pasal golongan ni juga lar yg pernah menyelamatkan aku dari satu masalah yg aku hadapi sekian lama dulu! Waklaupun bukan CIKIDI tapi kira seGENG la ngan dia ni! Masalah yg GENG2 SEJENIS ngan aku pun tak leyh tolong susah sgt macam2 bagi alasan ‘bukan masalah kemaruk ehem-ehem‘herm pasal CIKIDI ni Cuma ALLAH yg tau! Pasal ALLAH yang cipta dia! Bukan kita
Cuma berdoa yg mampu agar dia diterima ALLAH satu kala penhujung nanti.
Masih ada pintu taubat kah? Ada kot!
Aku tak nafikan dari pandangan hiba aku niyh. Kehadiran SI Dia tu bagai satu hiburan kat situ! Semua org pun nampak happy –Harmoni gila ! tak kira melayu india cina pun bleyh lepak-lepak sembang kedai kopi “maaf! kat sini takda WHITE COFFEE “ enjoy ja hidup
Sambil jalan aku perhatikan bintang-bntg kat langit nun! Malam ni malam yg agak lain ckit lar dari malam-malam biasa malam yg bagi aku menonjolkan sikap warga kuala kedah niy- mungkin ramai org kat luar sana yang akan cakap kuala- mana-mana kuala dalam Malaysia niyh lar cam tmpat paling busuk lar sampai ada lak mat-mat town mana ntah boleh labelkan KUALA KEDAH niyh sebgai jeng-jeng! THE BlACK AREA.. cis! kurang asam senang je cakap cenggitu padahal warga inilah yag dari dulu sampai skg cuba tangkis semua metreologi busuk tu! Cuba hindarkan waris-waris mereka ngan gejala tok nek moyang gila- cuba nak bersihkan nak bangun kan tmpt lahir diowang tempat cari makan anak bini diowang!pastu Senang-senang lak diowang niyh create and labelkan ngan title2 busuk camtu. Mat-mat Bandar ni penah ka pi kelaut? Tangkap ikan tgh panas-
Start subuh menyinsing lepas solat dah terus berkejar ke laut! Bertarung ngan petir! Ombak ganas! Menyabung nyawa diowang bagai tergantung kat langit senja! Bila2 bisa jatuh takda penyambut! Mat town ni takyah tnya ke laut lar! Tgh pns pun tak mau

“lar memang pun kite kan kat Of traford Manchester skrg ni kan?”

Tapi warga-warga ni lak masih tak kata pun mat-mat Bandar ni
“ #$*^% btoyh lar!”

Knpa minda kita busuk sebusuk kilang baja hah? Menghina warga yg dah banyak bagi pengorbanan! Kita yg tiggal kan parut pada warga KUALA ni. Kita yang patut dipersalahkan dipertanggungjawabkan dngn tohmahan ntah apa-apa kita sampai lekat dijantung para-para waris wakil harapan masa tua diowang! Masih sampai kini kita mencela- mencaci
Kononnya warga kuala ini ehem cam ini la itu lar! Bengang lak ku dengar-
Sudah-sudahlar ! Waris diowang dah jadi cam Yakuza- Tanya mana asal usul semua takut! Padahal kepala jin aprit tu lar!! Tuu! Tuu!! Nampak ? tu!! Kita lar sapa lagi?
Balik cecah roti gardenier korang DONUT KING korang ngan WHITE COFFEE korang!

Wednesday, February 18, 2009

AKU SI PENIRU


title niyh pon hasil peniruan ku dari title kengkawan kita!
mintak maaf bro! mntak tunjuk ajar kalian-

KITA SI PENIRU? AKU MEMANG PENIRU!
MARI TIRU BAIK AYUH KUTUK BURUK!
Sedang aku dalam long trip yang menbosankan niyh. Sempat gak aku belek-belek
Hasil tulisan memember kita niyh huh~ menarik gak ku baca ~Jadi ku juga rasa tertarik tuk bicarakan pasal ~ KITA SI PENIRU~

Memang betul cam apa yang TEH TARIK GELAS BESAR ni hujahkan
Dari konteks dan lensa yang beza! Itu Lensa dia And ini Lensa aku lak!
Pasal ku rasa lar lebih baik kita jadi SI PENIRU dari asal tak tahu menahu ya tak?

For me lar kalau nak hujahkan yang buruk semua benda mampu jadi buruk! Kita create sejuta macam masalah pastu senang cakap bukan kita nak tengok yang buruk-buruk~
Kita cakap kita taknak hipokrit padahal hipokrit Si Dia tu samaja ngan kita hipokrit!
Dunia makin tenat kita tambah tenatkan lagi dunia.

Kalau kita balik dari cakap pasal amerika-yahudi-israeli dah macam-macam benda yang kita dah tau kan!
Bab kapitalisme
Conspirasion of 11
Pencerobohan
Isu kemanusian
dan sebagai nya lar..
Sudut positifnya lak kita bangga-banggakan kita idol-idolkan takyah cakap lar mana-mana media pun semua nak harap kan untung kalau tak diorang nak makan apa? Batu?
Cuba kita selam Teknologi Eropah yang memang jadi Tiruan banyak Negara
Termasuk Malaysia! Masih nak tunjuk ego kah?
Cuma kita ni ja yang bodoh! Disuruh tiru yang baik tak nak! Nak tiru gak budaya barat tu hedonistik sini hedonistic sana! Usung sini sana konon dgn cara gitu
Boleh kata metaliti 1st class konon! Kita terus bangga ntah apa-apa!
Takpelah..

“Amerika! kalian dengan cara kalian
Tak mungkin aku tiru cara kalian
Tak mungkin! Sekarang aku cabar kalian
Ayuh kita beradu tenaga
Kalian dengan Nuklear kalian
Aku dengan keris junjungan tokmat kilau!
Dengan mantera serapah hang jebat
Dengan ilmu persilatan hang tuah!
Ayuh jgn tunggu! ayuh masuk!”

Lepas ni jangan cakap nak pertahankan bangsa! Agama! Negara!
Mati bungkang tgh jalan~

Jadi kita takyah egolah nak tunjuk hero apa?
Takpa jgn tiru diorang! Kita biar minda kita terperuk dalam tempurung setiap masa
Musim hujan kita berbumbung
Musim gugur kita menongkat dagu
Musim bunga kita mengurut janggut
Dalam hutan kita dah penuh batu
Minda kita masih pada zaman batu

Kita perhati musim-musim tu berlalu dengan gaya kita!
Kita perhatikan bagaimana Amerika cipta senjata nucklear
Kita perhatikan lagi bagaimana teknologi smkin berkembang
Kita perhatikan jepun berkawan dengan I-SOBOT
Kita perhatikan Israeli ancam saudara kita!
Kita masih bangga dengan Melaka
Apa guna?
Aku rasa mana-mana hal pun kalau nak berjaya kita kena tiru dari yang terbaik pastu baru create diri dengan acuan toknek moyang ! EROPAH pada zaman gelapnya kemudian renainsence nya zaman kegemilanganya-pada ketika itu EROPAH banyak tiru gak ilmu-ilmu yang diilhamkan para ilmuan islam yang juga diilhamkan dari Al-Quran
Padahal Islam adalah musuh Kristian pada waktu itu ~ Kristian hanya nampak ilmu yang bakal bngkitkan rakyatnya-umatnya! Tak prejudis pun seketika!

Belajar dari musuhmu adalah hal paling mudah tewaskan musuhmu!

Jangan prejudis setiap masa
Jangan dukung wawasan ntah apa-apa
Kalau nak cakap kosong nak bangga
Tuding jari sini sana media
Semua cipta propaganda
Bunyi macam nak histeria

aku bagi kan contohlar~ masa ku start nak pegang gegitar tu dulu pon ku tak tahu menahu tu pasal ku mula copycat from member2 mntak tnjuk ajaq
And 1st song ku bleyh practice pon lagu TIADA LAGI KIDUNGMU by LEFTHANDED
Kira band otai zaman kapak lar tapi bagi aku tahap legend lar~ secara buta tetulinya aku dah jadi si peniru yang meniru cara mainan guitarist lainya~
And than bila ku dah mula terer skit aku jadi lagi banyak meniru dari band2 otai and da song2 tahap legend dari bereksprimentasikan musik sendiri~ and area zaman tu banyak gak lar band otai cam SEARCE THE BEATLES~LED ZAppelin~ CROMOK~ METALICCA~ dan lain-lain
And ku rasa kalau ku tak start tiru game diorang komform sampai mampuih pon haram ku tetap tak leyh nak pegang GITAR tu.. SO da baiknya gak kita tiru!
ADAKALA TIRU ITU PUN BAIK!
HARUS TIRU YANG BAIK!

MENTALITY KRONIK RAKYAT INdON


WWW.MALINGSIAL.COM
Mentality kritis lagi kronik rakyat indonesial!
Satu laman web yang kelolaan spenuh wakil minda dari
Warga seberang! Pandangan buta tuli dari jiwa-jiwa yg hanya mampu
Duduk melangut! Berdiri mengutuk! Tidur pun menongeng ke Malaysia!
Padahal dah lama ku lewati Web ni tapi ntah kenapa tak pasal-pasal malam ni
Ada lak member semember bukak topic sal niyh! Dah malas sangat nak cakap pasal diowang niyh!
Kepada sesiapa lar yang mungkin akan terlewati laman Web ini aku sarankan jangan lar nak gelabah nak marah nak naik angin bebuta!
WARNING! Ia bukan satu ancaman buat kita~ tak payah nak berdebat pun ngan kalian-kalian warga seberang tu! Takyah nak amik hati pun patutnya~ kerana dah sedia maklum indonesial tetap bukan Malaysia! Nak bandingkan nak lawan kutuk-mengutuk bukan lagi jadi buah fikiran publicity rakyat Malaysia! Pasal kita tak bodoh cam diowang Cuma kebodohan diowang tu nak ditunjukkan ke kita kononnya hebat konon keren gitu!
Takyah cakap Malaysia kejam dengan isu penderaan pembantu rumah warga Indonesian
Ia bukanlah isu Malaysia`isu kemanusian yang kita boleh perhatikan dalam jurnal list mana-mana mahkamah tinggi setiap Negara pun! Takyah nak bahas pasal belas kasihan lar.. pasal memang Malaysia sedia KLANG untuk dijadikan KLANGKARTA kan? Eh bukan ke? Masih tak cukup belas kasihan ka? Bangkit pula satu isu kononnya gadis indon banyak dirogol dan diperhambakan! Atau kita tukar kan jew la TITLE ISU tu ke
Industri pelacuran gadis Indonesian yang giat gatal cari nafsu haram ditengah malam!
Kita masih belas kasihan! ISU (RELA) memperlakukan warga Indonesia yang terlepas tangkap masuk sempadan Negara diaangap hina! Takda akhlak! Kita tetap belas kasihan kasi pas pulang dengan tambang free hantar balik kmpg! Penginapan percuma plus makan minum tanggung! Hanya untuk haramjadah seperti itu Malaysia dah banyak bazir duit rakyat ! kan baik duit yg dibelanjakan ke mereke2 niyh wat benda-benda yg lagi pekdah? Kerna dirang kita yang terlebih blanja! Banyak lagilah yang dipersoalkan dalam isu-isu bodoh yang tak patut dibangkitkan- isu kain batik pon nak heboh-hebohkan besar-besarkan- “kutengok dalam bnyk2 sinetron kalian pun udah ngak ada aktresnya pakei batik-batik segala! Apa itu lagu RASA SAYANG sayang-sayang segala- yang ku tau Cuma denger lagu2 cinta yang bait-bait puitisnya menawan hati sang rakyat Malaysia- PASHA UNGU –PETERPAN segala! Ngak da usaha pon memartabatkan lagu asli kalian? Habis jgn bicara begok” And dah cukup rasanya aku bebel sampai sini pasal tak dak guna pun cakap pasal ni..
Pasal ia bukan satu ancaman ! jangan takut selagi minda mereka hanya tahu kutuk mengutuk dan mempersalahkan orang lain padahal patutnya kalian usahakan JAKARTA itu seperti KUALA LUMPUR. Minda kalian seperti MENTALITY of OXFORD. Teknologi kalian macam TECHNOLOGI FROM JAPAN cuba bangkit dan hindar jauh-jauh minda busuk! Virus-virus benci Yang tak mampu bagi makna kasi kemajuan ntah apa-apa !

Saturday, June 21, 2008

EMAS HITAM

Aku dan alam
ingin hidup
bergantungan
tetapi aku tergantung
mereka memancung
siapa?
penggubal itu!

Monday, April 14, 2008

Remaja Timur dan Kupasannya

Remaja - iaitu zaman transisi ke zaman dewasa dan telah melepasi zaman kanak-kanak. pada zaman inilah seseorang individu menerima banyak pengaruh dari aspek Jiwa Emosi
Rohaniah dan intelektual (J.E.R.I) dalam pada saat inilah remaja sedang mencari identiti diri.Penghargaan dan penghormatan diri juga mencari keyakinan yang dapat mempertegaskan identiti dewasa mereka. Detik ini remaja sedang menjalani satu revolusi kehidupan yang lebih bertanggungjawab dan anjakkan paradigma kearah kehidupan berdikari. Dalam pencarian identiti ini tidak semua remaja mampu bertahan dan pengaruh budaya sosial barat,Hedonistik ini sering menjadi sandaran kepentingan utama dalam kalangan remaja.

generasi terbesar dalam usia 10-19 tahun di dalam sejarah, beranjak dewasa di dunia yang sangat berbeda daripada dunia di waktu para orang tua mereka beranjak dewasa. Meskipun laju perubahan berbeda di antara dan di dalam wilayah dunia.

Marcapada ini, kita dikejutkan dengan pelbagai ragam jenayah yang berkaitan remaja seperti vandalisme,salah laku pelajar,merokok,budaya Hedonistik(iaitu budaya bersuka-suka)masalah sosial,kebejatan moral dan aqidah juga remaja zaman ini tidak serius dalam menghadapi cabaran persaingan dunia global. Seterusnya Hal ini demikian mampu menjatuhkan kepimpinan sesebuah negara.

Remaja merupakan sumber tenaga manusia yang paling berharga.justeru penbanggunan sumber tenaga manusia yang kita ada ini adalah untuk melahirkan golongan generasi yang tangkas,bergerak pantas dan berjiwa besar,mampu mempengaruhi kepimpinan negara dan membangkitkan semula tamadun keilmuan yang selama ini dibarisi golongan inteletual barat.

Remaja juga merupakan modal utama negara dalam membangunkan sektor-sektor ekonomi secara menyeluruh dan menjadi pencetus idea-idea baru kepada corak pentadbiran dan mencari seberapa banyak formula penyelesaian permasalahan umat dan krisis-krisis politik dunia yang mengancam negara.

Dalam aspek kebudayaan pula remaja timur pula seakan-akan sudah melupakan tamadun budaya mereka yang berlandaskan prinsip-prinsip berbudi bahasa.Hormat menghormati dan keharmonian pergaulan yang menuntut penghormatan kaum,jantina dan agama serta amat menekankan pemeliharaan maruah diri yang menjadi lambang kemurnian budaya ketimuran. Remaja hari ini lebih menyerap unsur budaya barat seperti Gothik,Punk, Skin Head juga dari pelbagai aspek lain seperti pemakaian,pergaulan,pegangan,
Pepatah Hang Tuah ada mengatakan "takkan melayu hilang didunia" tetapi budaya siapa yang menjelajah anak bangsa? dalam konteks kata lain Melayu itu dipandang secara menyeluruh iaitu dari segi ketinggian tamadun kebudayaannya.
melayu takkan hilang sama sekali cuma adakah ciri-ciri kemaelayuan itu akan terus terpelihara? Akhirnya hilanglah identiti melayu itu sendiri dan menjadi Melayu hanya atas nama dan label pada identiti kad?

Thursday, March 27, 2008

Calsberg [jolly Shandy]




lurve 94 (3/26/2008 8:08:59 PM): Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM................. JANGAN LUPA SEBARKAN , ANDA AKAN DOSA SEUMUR HIDUP KERANA MENDAPAT INFO TAPI tak SEBARKAN...." ini bahang dunia globalisai
segala daya upaya tipu muslihat sedang meronta-ronta dalam dunia yang semakin dihimpit keruntuhan moral manusia

Luahan Insan Hina


Detik demi detik aku melalui persimpangan hidup ini.
antara perantaraan tercetus idealism-idealism dari sekeping nota
fikiranku.

sidney tony bremer said "bagaimana anda mampu berharap
untuk sampai sekiranya anda sendiri
tidak tahu kemana arah tujuan?"

memory itu ilhamku..
memory itu kehidupanku..

layakkah manusia memanggilku dengan panggilan pengemis hina??
walaupu benar..sanggupkah mereka memperbodohkan aku seperti
binatang-binatang di bumi?

satu malam yang hening aku mula mengurai tangis senja
dalam hatiku yang dilanda amarah.aku biar membeku dengan sejuta
keraian.biarlah mereka gembira dengan tangisanku...
kerna aku tak gentar dgn tangisan-tangisan tu~
jgn pernah untuk lemparkan hina pada insan sepertiku
dengan luahan aku yang seolah-seolah tak pernah berusaha! bukan aku tak usaha
tapi kalian yang tak pernah usaha! usaha untuk menilai usahaku!
usaha untuk tampilkan aku dalam ruang harian kalian!
jika kalian anggap kalian tak perlukan aku! benar!
aku jua tak mengharapkan kalian-kerna aku masih ada tuhan

Sejarah




REMAJA>>

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapaPada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-anganRemaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
Senang Terpengaruh oleh EmosiOrang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
(daripada sumber dari internet)

SEJARAH>>


Sejarah ialah penafsiran dari peristiwa lepas, masyarakat dan tamadun. Istilah sejarah berasal dari Greek historia (ἱστορία), "suatu akaun dari selidikan seorang," dan berkongsi yakni etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan yakni "sejarah dari akal lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi yang dari dunia semulajadi juga. Ia segala-galanya yang mengalami perubahan; dan laksana sains moden telah menunjukkan yaknii tiada yang mutlaknya statik, oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
Norman Cousins

sumber internet

Antopologi

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.
Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:-
Antropologi budaya
Antropologi fizikal
Antropologi linguistik