Thursday, March 27, 2008

Calsberg [jolly Shandy]




lurve 94 (3/26/2008 8:08:59 PM): Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM................. JANGAN LUPA SEBARKAN , ANDA AKAN DOSA SEUMUR HIDUP KERANA MENDAPAT INFO TAPI tak SEBARKAN...." ini bahang dunia globalisai
segala daya upaya tipu muslihat sedang meronta-ronta dalam dunia yang semakin dihimpit keruntuhan moral manusia

Luahan Insan Hina


Detik demi detik aku melalui persimpangan hidup ini.
antara perantaraan tercetus idealism-idealism dari sekeping nota
fikiranku.

sidney tony bremer said "bagaimana anda mampu berharap
untuk sampai sekiranya anda sendiri
tidak tahu kemana arah tujuan?"

memory itu ilhamku..
memory itu kehidupanku..

layakkah manusia memanggilku dengan panggilan pengemis hina??
walaupu benar..sanggupkah mereka memperbodohkan aku seperti
binatang-binatang di bumi?

satu malam yang hening aku mula mengurai tangis senja
dalam hatiku yang dilanda amarah.aku biar membeku dengan sejuta
keraian.biarlah mereka gembira dengan tangisanku...
kerna aku tak gentar dgn tangisan-tangisan tu~
jgn pernah untuk lemparkan hina pada insan sepertiku
dengan luahan aku yang seolah-seolah tak pernah berusaha! bukan aku tak usaha
tapi kalian yang tak pernah usaha! usaha untuk menilai usahaku!
usaha untuk tampilkan aku dalam ruang harian kalian!
jika kalian anggap kalian tak perlukan aku! benar!
aku jua tak mengharapkan kalian-kerna aku masih ada tuhan

Sejarah




REMAJA>>

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapaPada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-anganRemaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
Senang Terpengaruh oleh EmosiOrang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
(daripada sumber dari internet)

SEJARAH>>


Sejarah ialah penafsiran dari peristiwa lepas, masyarakat dan tamadun. Istilah sejarah berasal dari Greek historia (ἱστορία), "suatu akaun dari selidikan seorang," dan berkongsi yakni etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan yakni "sejarah dari akal lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi yang dari dunia semulajadi juga. Ia segala-galanya yang mengalami perubahan; dan laksana sains moden telah menunjukkan yaknii tiada yang mutlaknya statik, oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
Norman Cousins

sumber internet

Antopologi

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.
Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:-
Antropologi budaya
Antropologi fizikal
Antropologi linguistik