Tuesday, December 18, 2007

pencarian [i]

Ahh!!!Ahh!!!
ouh..jasad..
ouh roh..
aku dimana?

aku memandang
gelap
masa silamku
kelam

aku meronta
seram!!
aku seram!!

derita aku
semakin derita

dimana aku berpijak?
alam realitikah?
atau alam fantasikah?

Pencarian [ii]

TAp!! TAp!!
Ah..titisan ini
basahi ubun kepalaku
datang dari mentarikah ia?

fuss!!
ah..kencang angin
mengigit tubuhku sejuk
datang dari bintangkah ia?

hu..hu..
panasnya bahang ini
sinaran menggila
datang dari bulankah ia?

aku?
malaikat atau manusia?
jasad? roh?

Monday, December 17, 2007

Kerana cinta nasuha

Ibu kota Kuala Lumpur subuh ini kelihatannya bening dan berkabus.Cahaya mentari mulai mencelah-celah masuk dibalik awan.Suram dan malap.Lampu-lampu jalan raya masih terpasang menyusuri setiap ruang,lorong nan lohong di kota metropolitan ini.

Penduduknya mula ramai setiap detik demi detik berpeleseran di atas muka bumi dengan nada ketamakan dam material.Tidak bersugul sekalipun akan kewajipanmakhluk terhadap penciptanya.Terus-terusan leka dan alpa berpangkal kota yang penuh dengan kepura-puraan ini.

Sebalik bangunan rumah-rumah mewah di tengah-tengahibu kota Kuala Lumpur ini. Kelihatan Lueqman,lelaki berusia dalam linkungan 30-an bersama seorang gadis yang perwatakannya sedikit manja dalam linkungan belasan tahun berkesedudukan dalam kamar mewah milik Lueqman.Gadis itu tersentap dari tidurnya malam tadi.Dia bingkas bangun dari katil meninggalkan Lueqmanyang kelihatan kepenatan.Lalu cepat-cepat mencapai jeans serta baju kemeja yang ditinggalkan disudut meja basa segaris kedudukan katil. Lueqman terjaga sidkit.Tetapi matanya menoleh ke arah lain. sedikit pun tidak mengendahkan perihal gadis itu.

Setelah selesai mengenakan pakaiannya,gadis itu terus mencapai sekeping nota berserta wang bernilai Rm 1oo diatas meja lueqman.Dengan tergesa-gesa terus meninggalkan kamar Lueqman lalu lenyap dibalik kota raya.

Jam pengera ligat berdering.Mengejutkan Lueqman dari lamunan. Dia bingkas bangun meluru ke sudut meja bacaanya.

"jahanam!duit aku dia kebas.kereta aku pun dia kebas sekali.tak guna punya perempuan! desis hati Lueqman marah.jari jemarinya dikacip keras sambil meramas-ramas penumbuknya

Inilah kehidupan Lueqman sejak lima tahun lalu.Setelah dia menamatkan pengajiannya di sebuah IPTA di kuala Lumpur.dia terus berkerja dan menetap di kota ini.

Ibu-bapanya telah lama pergi meninggalkan kehidupan atas muka bumi ini. berhijrah ke Rahmatullah.Semoga hari-hari mereka tenag di sana.

HIdup Lueqman bagai terkontang-kanting.Hanya kemewahan yang digendongnya selama ini.Begutu juga hidup Lueqman sama seperti remaja-remaja di luar sana.buka setakat berpegangan tangan.ditaman-taman menjadi penginapan disini-sana terselit adegan terlampau bersajikan bahan berunsur barat judi dan arak tak dapat dipisahkan.pil khayal bersepah bergelimpangan dimata syaitan tampak keriangan.

jaya holding.syarikat milik bapanya yang diwariskan kepadanya semakin tidak bernafas.kelalaian Lueqman dalam kerjanya menyebabkan itu semua.Namun dia diselamatkan oleh badan-badan ekskutif yang lain.Kerana menhormati kedudukan bapa Lueqman dahulu.

Tengah hari ini. Kota metropolitan ini terus di bakar bahang matahari.
Suhunya mencecah 33 darjah celcius.Lueqman memandu kereta mewah miliknya,Ford 80.Memacu laju atas jalan raya.dia ingin kerumah tunangnya, Nasuha.Anak dato' Khaileed Aiuz.Pertunangan mereka atas persetujuan dato' Khaileed bersama arwah bapanya dulu. Namun sekalipun Nasuha tidak pernah menyerahkan kehormatan dirinya kepada Lueqman.Walaupun seringkali Lueqman mendesak tatkala keluar bersamanya.

Nasuha tidak sepertu wanita lain di kota ini. Wajahnya lembut dan gebu.Matanya pula sentiasa berkaca,redup dan bening.Halusnya suara bagaikan sembilu yang terkena pada hati.Amat perit untuk menanggungnya.Sopan santunnya tidak pernah terhakis.nasuha bak wanita melayu terakhir bagi Lueqman.kasihnya bertambah apabila mengetahui bahawa Nasuha tidak seperti wanita-wanita yang diperlakunya seperti binatang.Namun jauh dari pandangan Nasuha.Lueqman masih dengan kelakuannya

Nasuha tidak pernah mengeluh berhenti menasihtai Lueqman tetapi balasanya penampar dan hinaan .Nasuha juga tidak pernah mengadu akan hal itu ke pengetahuan bapanya.Kerana dia yakin pasti bapanya mempercayai Lueqman,anak kawan karibnya yang sejak kecil lagi sudah terjalin.

Setibanya Luekman dihadapan sebuah banglo mewah milik dato'Khaileed.Kelihatan Nasuha tegak terpancak di hadapan pagar menjemur dalam kepanasan matahari.

Lueqman segera membuka pintu kereta untuk Nasuha.Lembut dan sopan sekali kelakuan nasuha.Di dalam kereta.Kedinginan terpancar
disegenap ruang sekelumat itu.

pendingin hawa membuatkan nasuha berasa nyaman sekali. Mereka saling membisu tanpa sepatah kata pun terpacul dari mulut nasuha mahupun Lueqman

"Kenapa awak tak tunggu saja dalam rumah? bukankah di luar ni sangat panas?" Sambil memacu kenderaan Lueqman mula mengajak safina bersembang.

"saja ingin merasai panas dunia yang tak seberapa ini.malah diakhirat nanti entah terdaya atau tidak menanggung panasnya neraka!"

Lueqman terkedu membisu.Tangan kirinya mulai menghampiri
jeri kelinking Nasuha namun segera di elak oleh gadis itu.Beliau amat menjaga maruah dirinya.

"Kita nak kemana ni?" tanya nasuha.

"hm..entahlah!"

"eh!Awak yang ajak tadi tapi tak tahu pula nak kemana?"
"nanti awak akan tahu jugalah.sabarlah sikit sayang" Lueqman mengusik.
wajah Nasuha sedikit berkerut.Mencuka masam.

tiba-tiba Azman terbatuk-batuk kuat dan keras bunyinya.
Lueqman segera menghentikan keretanya disisir jalan.Mulutnya kian mengeluarkan darah.Tubuhnya terus lesu.Nasuha terkejut besar melihat Lueqman sedemikian rupa.Nasuha mengesek-gesek dada Lueqman dengan tangannya,lalu dialihkan tubuh Azman ke tempat duduk belakang berbaring.Sekuat tenaganya.

Nasuha memacu kenderaan Lueqman menuju ke sebuah hospital berhampiran . Disana Lueqman di masukkan dalam wad ICU.wad kecemasan.Nasuha menunggu sambil ditemani dangan sejuta persoalan.

setelah berjam lamanya menunggu.Akhirnya pintu wad terbuka.seorang doktor lelaki keluar bersahaja.Nasuha meluru mendapatkan doktor tersebut lalu mendesak dengan jutaan persoalan akan perihal tunangnya.

"Maaf tunang awak didapati mempunyai HIV positif"kata doktor itu lalu pergi meninggalkan Nasuha keseorangan.

Nasuha terkedu dan membisu.Hatinya lumpuh dan punah.Dia segera mendapatkan Lueqman yang terlantar lesu.

"Lueqman,Walau apapun keadaanmu aku tetap tunangmu.maka bilapun aku untuk cintamu.Aku tahu akan segala kelakuanmu di balik penglihatanku.Lihatlah dirimu masih belum terlambat bagimu mulakan hidup baru dan menginsafi segala kisah dosa yang lalu.belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.Aku akan sentiasa menyokong dan berada di sisimu,Lueqman" Safina mengucap kata dengan teresak-esak.

Lueqman membisu. bibirnya menguntum senyum.Tangannya mengelus-elus lembut pipi Nasuha yang basah.

seruan azan subuh yang berkumandang pada pagi yang bening itu mematikan lamunan Lueqman,dia mengucap panjang.inilah hari pertama sejak lima tahun yang lalu.Lueqman inginmenghadap tuhan yang maha Esa.Lueqman ingin kemali ke pangkal jalan.

Sunday, December 16, 2007

kembar kecil penjual keledek

Bermulanya meniti cahaya mentari
tatkala anak sebaya mereka
berjuang dalam bangunan ilmu
menyisip hidup indah
dalam bayangan masa depan

Kembar kecil itu terus senyum
mencabut keledek rezeki
meredah paya dan danau
menyeberangi sawah dan hutan
demi sesuap nasi
demi seruang hidup

kebar kecil itu terus senyum
tatkala keledek habis terjual

terus berwajah indah
menyisip hidup didesa

tatkala mentari berlabuh
termenung dia bersahaja
terdetik hati bertanya
adakah keledek ini masa depanku
adakah keledek ini kehidupanku
tapi yang pasti
keledek ini
menyara kehidupanya
hingga hari ini...

Tak bisa benarkan

aku tak bisa
benarkan dirnya
untuk memacuku
ke ruang hina
untuk memacuku
ke ruang zina

aku tak bisa
berikan dia ruang
untuk menyubur
dalam nafsuku
untuk menguasai
seluruh aku

Aku tak bisa
acuh akan dia
yang akan menggoda
tatkala aku leka
untuk jatuhi aku
depan tuhanku
depan imanku
............

Saturday, December 15, 2007

sujud sebening subuh

sujudku menyembah tuhan yang satu.
Kucecahi selembar dahi ku
ke selembar baldu sejadah menyembahMu
Aku sujud ikhlas kebesaranMu
terasa bagai berada di lautanMu yang tenang
seolah terbang ke langit angkasaMu yang luas
yang bisa buwakan ku jauh
dari kekacauan duniawi
kekejaman makhlukmu
pertengkaran harta kurniaan mu
Aku menikmati akn ketenangan itu

Saturday, November 17, 2007

Tentang Dia


lewat senja berlabuh
lihat kau sendiri sepi
atas buana mimpi
menguntum bualan rindu
dalam hatimu sebelum
berembun cinta

cintamu kerap ku impi
wajahmu selaluku mimpi
tulusmu ingin kubelai
dalam hari-hariku
dalam helaan nafasku
dalam jutaan cinta
dalam segala waktu
lalu aku harapkan

Friday, November 9, 2007

Remaja manfaat cuti sekolah

Aktiviti masa terluang remaja ketika musim cuti sekolah harus dimanfaati sebaik mungkin agar segala kecenderungan kearah maksiat,masalah sosial dapat dikawal.

sebagai remaja masa terluang selalunya dihabiskan di tempat-tempat lepak.Shopping complex,cyber cafe.main game seharian..bilatersa penat terus pulang kerumah. Rebahkan badan.Minta disuap makanan .ibu-bapa keluar kerja mencari kesenangan untuk kitaa!! lihatlah akan apa perkerjaan yang kita lakukan selama seharian masa yang terluang tanpa aktiviti berfaedah.kasihanilah ibu-bapa anda. dimana wawasan remaja?

kita seharusnya mencontohi sekumpulan remaja yang berusaha memohon kerja dimana-mana restoran sebagai pelayang.memulakan perniagaan kecilan.menjual tempe di kaki lima.pelayan kedai makan.stesen minyak.segala perkerjaan yang mendatangkan hasil dan rezeki yang halal.Walaupun gajinya tidak seberapa..

Biarpun tidak mempunyai pengalaman dalam pengkhususan kerja.Namun remaja dalam lingkungan 13-18 tahun tetap bersemangat.Tetap berkerja menampung ekonomi keluarga.

Asalkan para remaja tidak melupakan terus soal pelajaran.Wang saku yang ada boleh digunakan sebagai belanja persekolahan setiap hari. Hati ibu bapa rasa senang melihat anak mereka berdikari.Inilah ciri-ciri remaja berkemampuan penjana kecermerlangan negara kelak!!!

untuk para remaja disarankan ayuh mula kan kerja berfaedah sepanjang masa!!!

jiwa remaja sentiasa berkocak dan bergelora

LUMRAH zaman remaja banyak keinginan dan tiad batasan kehendak namun kadangkala kita tak mampu lepasi segala keinginan itu keran terbatas Agama,budaya, dan kehidupan atas paras normal masyarakat.

Thursday, November 1, 2007

cinta Monyet Vs cinta remaja??

Cinta merupakan fitrah kejadian manusia.Bermulanya menapak atas muka bumi yang fana ini kita telah diresap kan kedalam jiwa setiap insan bernama manusia oleh Allah S.W.T..

pertemuan perpisahan dia yang tentukan...moga2 cinta kali ni berkekalan..tak larat nak maen cinta lagi pasni.....nasehat untuk kanak 2 bawah umur macam owang yang tengah baca mesej ne jangan terlalu awal berkecimpung dalam dunia cinta...kejar cita2 dulu bawu kejar cinta....
from..che pha_zhe

Tuesday, October 30, 2007

mum..mum..mum..

ibu..ibu..ibu.. aku kelam...

dalam Rahim mu..aku tidak mengerti akan apa-apa sesuatu atas muka bumi dan kehidupan selepas nya..



ibu..ibu..ibu betapa perit dan tidak tertanggung segala kudarat dan kuasa batin mu.. kau terus berjuang di medan mati! aku tidak mengerti apa-apa?? lahirnya aku kedunia entah kau hidup atau mati.. tidak kenal kau siapa?? tapi ku yakin melalui firasat jiwa anak.. wanita suci yang melahirkan aku walau penuh dengan tangis senja.. airmatanya terus mengalir perlahan..



ibu..ibu..ibu..tadkala aku di muka bumi tuhan..aku kenali mu dengan panggilan ibu! sebesar tapak tangan mu sentiasa mengusap ubun kepalaku..segala apa yang terkeluar dari dubur ku kau basuh dengan kesucian dan tidak pernah jemu.. tatkala aku menangis kau datang lalu hampiri jiwa ku yang keseorangan.aku merasakan kasih dan sayang mu..



detik berdetik melewati masa aku mulai bisa merangkak..tatkala aku terjatuh berkali-kali kau tidak pernah putus asa hembuskan aku semangat untuk terus melihat dunia..



kian aku dewasa. punyai keluarga yang bahagia.. ibu maafkan aku akan segala kerenah ku..sehingga buat kau penat.dan kadangkala tidak tidur untuk fikirkan aku..maafkan aku...

Sunday, October 28, 2007

Misi Angkasawan


KEJAYAAN misi pertama angkasawan negara ke angkasa lepas adalah hadiah paling manis kepada seluruh rakyat Malaysia yang baru menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara. Dengan itu, Malaysia secara rasminya menyertai beberapa negara lain yang sudah ke angkasa lepas berikutan kejayaan misi Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), baru-baru ini. wahai remaja ,renungkan lah hari ini..KETIKA menonton lintas langsung pelancaran Soyuz TMA-10 yang membawa angkasawan pertama negara ke angkasa lepas baru-baru ini, pasti ramai berasa bangga. Bangga kerana akhirnya lahir anak watan yang layak dipanggil angkasawan, bangga kerana akhirnya nama Malaysia turut dilakar di peta angkasa lepas.tokoh angkasawan kita berkerja keras untuk ke angkasa lepas bagi menggalas harapan negara untuk melahir kan semangat kepada semua generasi dan perkembangan ilmu angkasa kepada kita.Terutama generasi remaja kita.usaha ini seharus nya bukan apabila dr.sheikh muzzaphar shukor berlepas kita heboh bersorak kebanggaan namun sebalik nya semangat itu lenyap bersama arus sama pada masa yang sama.Terus hilang bergitu saja.Wahai remaja lihat lah negara hari ini.pandang lahnegara untuk esok hari.Percaturan manakah yang mampu kita bangun kan.renungkan lah wahai kita yang remaja


Terjebak dengan pelbagai gejala sosial, bagaikan satu 'kebanggaan' bagi golongan ini sedangkan masyarakat lain berhempas pulas untuk berjaya.Remaja fikirkan lah segalanya atas kehendak kita mencorak negara.!!!

Wednesday, October 3, 2007

Ku menikmati akan apa yang terlukis di helaian jiwa
Akan rasa yang terindah
mulaiku mengarti
dinginya akan malam-malam ku
dihembus hamburan rindu...

Aku dan segala yang pernah terbias hebatnya kisah
sebuah asmara..
punah seluruh nadi tersentap terlantaran aku
terusi hidupku..

ku berbicara pada bintang-bintang germerlap
di dada langit
persoalan kan kewujudannya temani sepi aku
di malam-malamku..

Monday, October 1, 2007

Chater<2> Hari Yang Cerah


tokk

Saturday, September 29, 2007

MY SCHOOL STORY


Chapter <1> Malam Yang Penuh
Siang melabuhkan sinarnya menggantikan malam yang penuh kedinginan.Angin bayu sesekali berhembusan meragut dedaunan muda. Sepertinya aku insan atas muka bumi ini entah bila dan waktu akan kembali ke tuhanku.Itulah ketentuan akan kejadian manusia dan segala makhluk ciptaan-Nya. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhiran.

Malam yang meletihkan.Kesesakan bandaraya Alor star serta kebisingan amat menyakitkan. Aku berasa letih sekali. Tubuh badan ku tidak berdaya lagi.Relung teku ku haus.

sesekali bersiar-siar bi bandar bersama teman teman memang menyeronokkan. Petang tadi aku bersama Saiful,Hery dan Ewan sengaja menghabiskan masa sepetang di bandaraya Alor star.Sudah jadi rutin

agaknya apabila terasa bosan bercuti hanya duduk dirumah saja kata sepakat sebulat suara bersiar di bandar pasti saja tercapai kata putusnya.

Sepanjang menyusuri lorong ke rumah ku, aku sempat perhatikan bintang di langit luas. Indah sunguh kelihatan ciptaan tuhan. Kehebatan Allah pastinya sekali aku terasa. Aku berimaginasi seandainya bumi ini mampu bersuara dan bintang-bintang ini bisa berkata-kata pasti ia akan mengatakan asal kewujudannya yang pasti luar biasa.pasti sudah melopong aku mendengarnya.

Setiba di pintu pagar kelihatan ianya berkunci pasti tiada siapa berada dirumah ketika ini. Ayah pasti sahaja di tempat kerja nya sementara abang entah melepak bersama temannya di cyber cafe Capochinho.Ibu dan ikhwan. hah.. entah kemana mereka pergi malam begini. Aku melihat jam di tangan.pukul 9.00 malam tepat. Aku membuka pintu pagar perlahan dan perlahan-lahan langkah kaki ku berjalan menuju pintu utama. Aku teraba-raba mencari kunci pintu di bawah almari kasut.Ibu selalu letakkan kunci disitu apabila mahu keluar kemana-mana sekalipun.bersuluhkan cahaya dari handphone ku akhirnya dapat jua kuncu yang kucari.

Setelah pintu di buka aku mula meraba-raba lagi tapi kini tidak lagi di pintu tapi di dinding mencari suis lampu ruan tamu rumah.cerah dan selesa rasanya setelah lampu terpasang.Aku dapat meneliti setiapa inci ruang rumah.seperti biasa aku mencapai secarit kertas nota yang sering ditinggalkan ibu.
nota ringkas itu ku baca dan fahami

Ibu keluar dengan abang kau dan Aiman
keluar makan, mak tak masak malam ni.
nanti balik mak belikan kau makanan ya!?

Selesai membaca nota itu. Aku terus mencapai tuala mandi warna merah yang atasnya tertera logo kelab sepak Eropah.Manchester United.tuala kepunyaan Abang khairi. Beliau memang meminati sukan bola sepak yang popular di srata mata dunia.Dan kelab kesayangan pula sudah tentu M.U jika tidak masakan tuala itu menjadi kesayanganya.

Aku masuk ke kamar mandi. Perlahan aku membuka pancur mandi. Kedinginan air seperti meresapkan kembali semua tenaga yang aku keluarkan sebentar tadi. mataku ku kembali cerah rasa mengantuk tiba-tiba hilang.urat sarafku seperti baru di servis.sungguh segar.
lagi nyaman malam hari begini.

Selesai mandi dan mengenakan pakaian tidur lalu aku lantas mengambil wuduk lalu mengerjakan solat ishak. satu perintah tuhan yang amat sukar untuk aku tidak mengendahkan nya. satu kewajipan yang harus kutunai. jua satu Amanah dari tuhan serta ibu ku. Amanah dari diri sendiri yang membuat ku tidak seharusnya leka dalam amal ibadat ku.

sujudku menyembah tuhan yang satu.
Kucecahi selembar dahi ku
ke selembar baldu sejadah menyembahMu
Aku sujud ikhlas kebesaranMu
terasa bagai berada di lautanMu yang tenang
seolah terbang ke langit angkasaMu yang luas
yang bisa buwakan ku jauh
dari kekacauan duniawi
kekejaman makhlukmu
pertengkaran harta kurniaan mu
Aku menikmati akn ketenangan itu

kreuukk!!

Bunyi pintu rumah dikuak berserta alunan ucapan "assalamualaikum" daripada suara lembut seorang wanita yang sememangnya kukenal amat. suara ibu memberikan salam.

"waalaikumsalam.." aku menjawab salam sederhana perlahan.

"hm..ini ada ibu belikan kau makanan. ada nasi kandar mamak nasymir sama air milo ais" kata ibu sambil melirik senyum.

Aku menjamah dengan selera makanan yang di beli ibu.Sambil mendengar radio yang ku menghabiskan milo ais.Sedetik aku terdiam tatkala lagu dari sebuah band Indonesia lantang berkumandang.Dealova,nyanyian Once Dewa. mungkin lagu ini sedikit sebanyak mengimbas kembali segala memori yang pernah terukir antara aku dan teman-teman semasa musim persekolahan yang lalu. mungkin juga aku lagu ini sering dinyanyikan oleh aku bersama teman-teman.Lagu yang mengasyikkan.

"Jangan lupa padamkan lampu sebelum kamu masuk tidur ya!" Pesan ayah kepadaku.

Aku lantas bangun ke dapur mencuci tangan dan membuang sisa makananku.

Sebelum ke kamar aku sempat mencapai senaskah majalah Remaja di atas rak buku bersebelahan televisyen. Kelly clarkson menjadi penghias muka depan majalah itu bagi keluaran terbaru .Aku menyelak sehelai demi sehelai hanya sekadar memandang kosong.Tidak ada satu tajuk pun yang menarik perhatianku membaca atau mungkin juga aku telah keletihan seharian dibandar.

Aku perhatikan meja tulis berselerakkan dengan komik-komik dan beberapa buah buku latihan yang baru ku beli untuk persediaan masuk musim persekolah bagi tahun baru ini.Aku berazam untuk menjadi pelajar yang rajin dan disiplin tak seperti tahun-tahun sebelumnya.

Aku kembali menyusun buku-buku serta komik yang berselerakkan perlahan. Jendela kamar di buka.Anging malam berhamburan masuk melalui ruang jendela memenuhi segenap ruang bilik. Dedaun sesekali berguguran.Malam masih panjang.Entah mentari esok dan sinarannya masih mampu aku nikmati.Aku termenung sendirian.Esok bakal terjadi atau tidak aku harus jua memikirkannya. Diatas katil aku terbaring melunjurkan kaki.merenggangkan urat-urat .Tulang mudaku kelenguhan.Aku mencapai Handphone lalu mengaktifkan jam penggera tepat jam 5.00 pagi. Esok hari pertama persekolahan.Aku tak mahu lambat.Aku ingin segalanya berjalan lancar.

Sebelum aku terus lelap dalam lenaku yang panjang aku terlebih dahulu berdoa kepada Allah moga diberi kesejahteraan kepada keluargaku dan keterangan jiwa.Hidayah serta inyahNya.Rahmat dan TaufikNya.Hari-hari yang penuh berkah.Moga diberi kehidupan selepas lenaku.Moga dijauhi bala sengsaara.Moga dilindung dari ancaman musuh dari langit atau bumi jua dari alam berlainan.Moga lelapku sebentar lagi dihiasi akan mimpi-mimpi indah. Amin

aku renung dalam-dalam akan apa yang ku lakukan seharian ini.Seterusnya aku tidak ketaui akan apa yang berlaku selepas itu.Gelap.


tokk! tokk!

Hazif!! bangun nak.. sarapan dah siap atas meja tu nanti sebelum ke sekolah jangan lupa makan dulu ya? nanti gastrik kau tu serang lagi pula..ibu pergi dulu ya!"

Tidurku yang panjang semalaman tersentak dengan panggilan ibu mengejutkan aku. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku. Bersuluhkan cebisan-cebisan cahaya yang terpancar masuk dari luar melaui liang-liang pintu kamarku yang tak rapat,aku tetap perhatikan jam didinding. Tepat jam 6.oo pagi. Aku membangunkan tubuh badanku yang sekian waktu telah direhatkan.Seluruh urat sarafku mulai berfungsi.
Ruang kamar yang hanya sebesar 3 meter lebar dan 4.5meter panjang bersuasana dingin sekali. Mungkin berikutan jendela kamar yang kubuka semalam tidak ditutup. Angin bayu pagi ini keras berhambusan masuk ke sekelumat ruang kamarku.Tambahan pula kipas angin berputar ligat disisi katilku. aku segera menutup suis kipas lantas mencapai daun tingkap lalu menutupnya pantas.
Kedua-dua belah tapak tangan kurautkan pada wajahku. Sambil beristigfar. Kemudian terus mengatur langkah ke kamar mandi.

Selesai mandi aku masuk semula kedalam bilik. Semasa melangkah masuk. Telingaku kedengaran suara serak-serak basah ayah sedang mengalunkan irama dari kalam tuhan.
Ayah sedang membaca surah Yasin. Satu surah yang benar-benar bisa membuat semua manusia membuka mata akan ke-Esaan Allah pentadbir sekian alam.itupun sekiranya dihayati dengan penuh ketulusan dan kesungguhan. Tanpa berlengah aku masuk kedalam kamar.
Jari jemariku meraba-raba mencari suis lampu didinding bersebelahan bersebelahan pintu bilik.
Uniform biru muda lengkap bertali leher serta seluar panjang berwarna biru gelap kusarungkan pada tubuhku. Aku memandang wajahku dihadapan cermin yang sedia tergantung didinding berdekatan ruangan meja bacaanku.a

"sesekali tengok handsome juga aku ni ya? haha.." sengaja aku berjenaka dengan diri sendiri bagi membangkitkan mood pagi hari ini.

Thursday, September 27, 2007

menungumu

Imran Ajmain - Seribu Tahun lyrics
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagiTapi benar kah hidup ku kan selama iniBiar berputar utara selatanKu tak putus harapanSedia setiaRela ku mengejar mu seribu batu jauh lagiTapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan iniBiar membisu burung bersiulanTenang lah gelombang lautanKu masih setiaChorusAda kah engkau yakin ini cintaAda kah engkau pasti ini tuk selama lama nyaRela ku menunggu mu seribu tahun lama lagiTapi benar kah hidup ku kan selama iniBiar berputar utara selatanKu tak putus harapanSedia setiaungu mu

Tuesday, September 25, 2007

my lova


nasuha


taman hati yang rimbun
berbuah masak dan manis
dedaun yang lembut


menghiasi segenap pelangi
di balik awan putih
di pagari kayu kayan Alam


angin yang mengasyikkan
saat merimbun bunga mekar
aku tidak mampu ungkapkan.


hanya tuhan yang maha mengerti
betapa kau ternilai dan istimewa
di taman sanubariku...


aku ingin kau bergema
selama-lamnya....

Saturday, September 22, 2007

nasuha


biarpun malamku
tanpa bulan dan bintanng
ku tidak pernah gentar
kerna ku tahu
kau kan sentiasa menyuluhku

tadkala langit
berputar kelam
ku sikit pun tidak gentar
kerna kutahu bahawa
cintamu kan melindungiku

semasa bumi berdetar
merekah pelangi ungu
ku tak pernah gentar pun
kerna kutahu ikhlasmu

sentiasa mendoakan ku

nasuha...

Thursday, September 20, 2007

Sandaran


ku bersandar padamu

atas darah yang

mengalir laju


kuberpijak padamu

di laluan dusta

yang menipu dunia


tengelamlah cinta

berparas harta

miliki dunia taklukan

dosa..


aku semakin meruntun

dibasahi jiwa

penyesalan lalu


langit berputar

mengalung keras

menodai malam

melukis gambaran

insan laknatan..

Wednesday, September 19, 2007


Silauan mata mu laksana bintang

bintang halaman surga

nilai kasih mu laksana bulan

bulan penuh di malam bening

cintaku seteguh pautan langit

pada bulan matahari serta orbitnya..

Sujud sebening Subuh




Aku berwuduk dengan air lautan mu..


aku berjalan atas permaidani indah..


kelembutanya menyentuh jiwa..


aku cecahi selembar dahiku..


pada selembar baldu sejadah


menyembahmu..


Aku hayati akan ketenangan itu..


Aku kagumi kebesaran Mu


seolah aku udah belayar jauh..


ke lautan dalam Mu


seperti ku terbang ke angkasa


ke langitMu ke bintang-bintang


bulan-bulan dan segala yang Ada


Yang bisa bawakan aku jauh


dari kekacauan duniawi.


aku kaji rahsia kalam Mu


Benarnya aku entah diMAna


YA-Allah...............................

Tuesday, September 18, 2007

Persada

Aisya..


Aku umpama pepasir hitam .
yang mendiami pantai suram..
kau bidadari cahaya..
hadirmu bertandang..
pantaiku suram
kian diterangi cahaya..

Tentang..

Perasaan cemas aku yang pertama udah pun kulalui.. berlalu tanpa permulaan dan akhiran
sepertinya kabus yang tebal terus menghilang bila gelincirnya mentari..walau hakikatnya ia adadi balik sinaran yang lebih hebat yang benar buat ku rasa segar..

Ketika malam dingin yang kejam kugagahkan kudrat menghadap alam yang menyelubungi alam
Aku berimaginasi..Andai bulan dan bintang ini mampu bersuara andai pula alam ini mampu berbicara pasti ia akan menerankan akan asal kewujudanya yang pasti luar biasa..
jua pasti melopong ku mendengarkanya...

Apakah rumusnya ciptaan tuhan? sehingga kita tidak mampu pertikaikan keesaanya..
Apakah pula fungsinya perasaan? yang deresapkan dalam jiwa manusia? kadangkala kita
seram..benci..takut..gelisah..sayang..cinta? dan segala berlaku atas muka bumi ini adalah penjana kepada perasaan..kerana ia haruslah dialami untuk lebih dimengerti..

Monday, September 17, 2007

pondok usang belakang villa

Dengan hati kering merekah
bangga melontar kata
Anak mu berbicara derhaka

"wahai pengemis tua..
pergi kau dari villaku..
tiada layak hina kakimu..
silakan engkau berambus"

dengan kosong jiwa jahil
isteriku lontar celanat bicara

"wahai ibu mertuaku
tiada hidupmu dalam
keluargaku.. jauhlah engkau
dari Anakku"

putera-puteriku diam kaget

dengan hati lumpuh
berpanah bisa
rongga merapuh ihsan
hati punah bersama lara tiada tara

pabila saat nya aku habiskan sisa
hidupku sebagai insan tiada
bermaruah di pondok usang belakang villa
mengertilah aku akan hibanya ibu..
pengemis tua..

Remaja

remaja kini bukan hanya takat berpegangan tangan di taman-taman menjadi penginapan di sini-sana terselit adegan terlampau di sajikan bahan berunsur barat judi dan arak tak dapat di pisahkan bergelimpangan dosa.Pantang diusik pantang di cabar pertahankan maruah? maruah demi siapa? membuta-buta ada disepak terajang di suratan akhbar terpampang.Dimanakah kebenaran pepatah melayu berkata takkan melayu hilang di dunia,tapi budaya siapa jelajah anak bangsa. Kuharap kan permata bersinar asli bukan berlia mengaburi hati..
Tuhan tunjukkanlah kebenaran itu..

Sunday, September 16, 2007

wajah mu selembut baldu
hati mu serapuh salju

tanpa api kau mara
tanpa tangis kau reda
kau juwita..

musim gugur mu
umpama kembang
di angin malam

bangunan sepi

aku bangunan sepi

tanpa pemuja bising
sepi
tanpa hantu keliling

dalam hutan konkrit dan batu
dalamsebak hujan meratap

aku hampir mati
tersandar aku atas mimpi
atas nilai kasih..

aku semakin sepi
ada semarak api
ada curahan mentari..

sepi ku atas kendiri..
atas aku tanpa sebatang harapan
dan impi

Sejarah




REMAJA>>

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapaPada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-anganRemaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
Senang Terpengaruh oleh EmosiOrang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
(daripada sumber dari internet)

SEJARAH>>


Sejarah ialah penafsiran dari peristiwa lepas, masyarakat dan tamadun. Istilah sejarah berasal dari Greek historia (ἱστορία), "suatu akaun dari selidikan seorang," dan berkongsi yakni etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan yakni "sejarah dari akal lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi yang dari dunia semulajadi juga. Ia segala-galanya yang mengalami perubahan; dan laksana sains moden telah menunjukkan yaknii tiada yang mutlaknya statik, oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
Norman Cousins

sumber internet

Antopologi

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.
Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:-
Antropologi budaya
Antropologi fizikal
Antropologi linguistik