Tuesday, December 18, 2007

pencarian [i]

Ahh!!!Ahh!!!
ouh..jasad..
ouh roh..
aku dimana?

aku memandang
gelap
masa silamku
kelam

aku meronta
seram!!
aku seram!!

derita aku
semakin derita

dimana aku berpijak?
alam realitikah?
atau alam fantasikah?

Pencarian [ii]

TAp!! TAp!!
Ah..titisan ini
basahi ubun kepalaku
datang dari mentarikah ia?

fuss!!
ah..kencang angin
mengigit tubuhku sejuk
datang dari bintangkah ia?

hu..hu..
panasnya bahang ini
sinaran menggila
datang dari bulankah ia?

aku?
malaikat atau manusia?
jasad? roh?

Monday, December 17, 2007

Kerana cinta nasuha

Ibu kota Kuala Lumpur subuh ini kelihatannya bening dan berkabus.Cahaya mentari mulai mencelah-celah masuk dibalik awan.Suram dan malap.Lampu-lampu jalan raya masih terpasang menyusuri setiap ruang,lorong nan lohong di kota metropolitan ini.

Penduduknya mula ramai setiap detik demi detik berpeleseran di atas muka bumi dengan nada ketamakan dam material.Tidak bersugul sekalipun akan kewajipanmakhluk terhadap penciptanya.Terus-terusan leka dan alpa berpangkal kota yang penuh dengan kepura-puraan ini.

Sebalik bangunan rumah-rumah mewah di tengah-tengahibu kota Kuala Lumpur ini. Kelihatan Lueqman,lelaki berusia dalam linkungan 30-an bersama seorang gadis yang perwatakannya sedikit manja dalam linkungan belasan tahun berkesedudukan dalam kamar mewah milik Lueqman.Gadis itu tersentap dari tidurnya malam tadi.Dia bingkas bangun dari katil meninggalkan Lueqmanyang kelihatan kepenatan.Lalu cepat-cepat mencapai jeans serta baju kemeja yang ditinggalkan disudut meja basa segaris kedudukan katil. Lueqman terjaga sidkit.Tetapi matanya menoleh ke arah lain. sedikit pun tidak mengendahkan perihal gadis itu.

Setelah selesai mengenakan pakaiannya,gadis itu terus mencapai sekeping nota berserta wang bernilai Rm 1oo diatas meja lueqman.Dengan tergesa-gesa terus meninggalkan kamar Lueqman lalu lenyap dibalik kota raya.

Jam pengera ligat berdering.Mengejutkan Lueqman dari lamunan. Dia bingkas bangun meluru ke sudut meja bacaanya.

"jahanam!duit aku dia kebas.kereta aku pun dia kebas sekali.tak guna punya perempuan! desis hati Lueqman marah.jari jemarinya dikacip keras sambil meramas-ramas penumbuknya

Inilah kehidupan Lueqman sejak lima tahun lalu.Setelah dia menamatkan pengajiannya di sebuah IPTA di kuala Lumpur.dia terus berkerja dan menetap di kota ini.

Ibu-bapanya telah lama pergi meninggalkan kehidupan atas muka bumi ini. berhijrah ke Rahmatullah.Semoga hari-hari mereka tenag di sana.

HIdup Lueqman bagai terkontang-kanting.Hanya kemewahan yang digendongnya selama ini.Begutu juga hidup Lueqman sama seperti remaja-remaja di luar sana.buka setakat berpegangan tangan.ditaman-taman menjadi penginapan disini-sana terselit adegan terlampau bersajikan bahan berunsur barat judi dan arak tak dapat dipisahkan.pil khayal bersepah bergelimpangan dimata syaitan tampak keriangan.

jaya holding.syarikat milik bapanya yang diwariskan kepadanya semakin tidak bernafas.kelalaian Lueqman dalam kerjanya menyebabkan itu semua.Namun dia diselamatkan oleh badan-badan ekskutif yang lain.Kerana menhormati kedudukan bapa Lueqman dahulu.

Tengah hari ini. Kota metropolitan ini terus di bakar bahang matahari.
Suhunya mencecah 33 darjah celcius.Lueqman memandu kereta mewah miliknya,Ford 80.Memacu laju atas jalan raya.dia ingin kerumah tunangnya, Nasuha.Anak dato' Khaileed Aiuz.Pertunangan mereka atas persetujuan dato' Khaileed bersama arwah bapanya dulu. Namun sekalipun Nasuha tidak pernah menyerahkan kehormatan dirinya kepada Lueqman.Walaupun seringkali Lueqman mendesak tatkala keluar bersamanya.

Nasuha tidak sepertu wanita lain di kota ini. Wajahnya lembut dan gebu.Matanya pula sentiasa berkaca,redup dan bening.Halusnya suara bagaikan sembilu yang terkena pada hati.Amat perit untuk menanggungnya.Sopan santunnya tidak pernah terhakis.nasuha bak wanita melayu terakhir bagi Lueqman.kasihnya bertambah apabila mengetahui bahawa Nasuha tidak seperti wanita-wanita yang diperlakunya seperti binatang.Namun jauh dari pandangan Nasuha.Lueqman masih dengan kelakuannya

Nasuha tidak pernah mengeluh berhenti menasihtai Lueqman tetapi balasanya penampar dan hinaan .Nasuha juga tidak pernah mengadu akan hal itu ke pengetahuan bapanya.Kerana dia yakin pasti bapanya mempercayai Lueqman,anak kawan karibnya yang sejak kecil lagi sudah terjalin.

Setibanya Luekman dihadapan sebuah banglo mewah milik dato'Khaileed.Kelihatan Nasuha tegak terpancak di hadapan pagar menjemur dalam kepanasan matahari.

Lueqman segera membuka pintu kereta untuk Nasuha.Lembut dan sopan sekali kelakuan nasuha.Di dalam kereta.Kedinginan terpancar
disegenap ruang sekelumat itu.

pendingin hawa membuatkan nasuha berasa nyaman sekali. Mereka saling membisu tanpa sepatah kata pun terpacul dari mulut nasuha mahupun Lueqman

"Kenapa awak tak tunggu saja dalam rumah? bukankah di luar ni sangat panas?" Sambil memacu kenderaan Lueqman mula mengajak safina bersembang.

"saja ingin merasai panas dunia yang tak seberapa ini.malah diakhirat nanti entah terdaya atau tidak menanggung panasnya neraka!"

Lueqman terkedu membisu.Tangan kirinya mulai menghampiri
jeri kelinking Nasuha namun segera di elak oleh gadis itu.Beliau amat menjaga maruah dirinya.

"Kita nak kemana ni?" tanya nasuha.

"hm..entahlah!"

"eh!Awak yang ajak tadi tapi tak tahu pula nak kemana?"
"nanti awak akan tahu jugalah.sabarlah sikit sayang" Lueqman mengusik.
wajah Nasuha sedikit berkerut.Mencuka masam.

tiba-tiba Azman terbatuk-batuk kuat dan keras bunyinya.
Lueqman segera menghentikan keretanya disisir jalan.Mulutnya kian mengeluarkan darah.Tubuhnya terus lesu.Nasuha terkejut besar melihat Lueqman sedemikian rupa.Nasuha mengesek-gesek dada Lueqman dengan tangannya,lalu dialihkan tubuh Azman ke tempat duduk belakang berbaring.Sekuat tenaganya.

Nasuha memacu kenderaan Lueqman menuju ke sebuah hospital berhampiran . Disana Lueqman di masukkan dalam wad ICU.wad kecemasan.Nasuha menunggu sambil ditemani dangan sejuta persoalan.

setelah berjam lamanya menunggu.Akhirnya pintu wad terbuka.seorang doktor lelaki keluar bersahaja.Nasuha meluru mendapatkan doktor tersebut lalu mendesak dengan jutaan persoalan akan perihal tunangnya.

"Maaf tunang awak didapati mempunyai HIV positif"kata doktor itu lalu pergi meninggalkan Nasuha keseorangan.

Nasuha terkedu dan membisu.Hatinya lumpuh dan punah.Dia segera mendapatkan Lueqman yang terlantar lesu.

"Lueqman,Walau apapun keadaanmu aku tetap tunangmu.maka bilapun aku untuk cintamu.Aku tahu akan segala kelakuanmu di balik penglihatanku.Lihatlah dirimu masih belum terlambat bagimu mulakan hidup baru dan menginsafi segala kisah dosa yang lalu.belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.Aku akan sentiasa menyokong dan berada di sisimu,Lueqman" Safina mengucap kata dengan teresak-esak.

Lueqman membisu. bibirnya menguntum senyum.Tangannya mengelus-elus lembut pipi Nasuha yang basah.

seruan azan subuh yang berkumandang pada pagi yang bening itu mematikan lamunan Lueqman,dia mengucap panjang.inilah hari pertama sejak lima tahun yang lalu.Lueqman inginmenghadap tuhan yang maha Esa.Lueqman ingin kemali ke pangkal jalan.

Sunday, December 16, 2007

kembar kecil penjual keledek

Bermulanya meniti cahaya mentari
tatkala anak sebaya mereka
berjuang dalam bangunan ilmu
menyisip hidup indah
dalam bayangan masa depan

Kembar kecil itu terus senyum
mencabut keledek rezeki
meredah paya dan danau
menyeberangi sawah dan hutan
demi sesuap nasi
demi seruang hidup

kebar kecil itu terus senyum
tatkala keledek habis terjual

terus berwajah indah
menyisip hidup didesa

tatkala mentari berlabuh
termenung dia bersahaja
terdetik hati bertanya
adakah keledek ini masa depanku
adakah keledek ini kehidupanku
tapi yang pasti
keledek ini
menyara kehidupanya
hingga hari ini...

Tak bisa benarkan

aku tak bisa
benarkan dirnya
untuk memacuku
ke ruang hina
untuk memacuku
ke ruang zina

aku tak bisa
berikan dia ruang
untuk menyubur
dalam nafsuku
untuk menguasai
seluruh aku

Aku tak bisa
acuh akan dia
yang akan menggoda
tatkala aku leka
untuk jatuhi aku
depan tuhanku
depan imanku
............

Saturday, December 15, 2007

sujud sebening subuh

sujudku menyembah tuhan yang satu.
Kucecahi selembar dahi ku
ke selembar baldu sejadah menyembahMu
Aku sujud ikhlas kebesaranMu
terasa bagai berada di lautanMu yang tenang
seolah terbang ke langit angkasaMu yang luas
yang bisa buwakan ku jauh
dari kekacauan duniawi
kekejaman makhlukmu
pertengkaran harta kurniaan mu
Aku menikmati akn ketenangan itu

Sejarah




REMAJA>>

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapaPada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-anganRemaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
Senang Terpengaruh oleh EmosiOrang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
(daripada sumber dari internet)

SEJARAH>>


Sejarah ialah penafsiran dari peristiwa lepas, masyarakat dan tamadun. Istilah sejarah berasal dari Greek historia (ἱστορία), "suatu akaun dari selidikan seorang," dan berkongsi yakni etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan yakni "sejarah dari akal lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi yang dari dunia semulajadi juga. Ia segala-galanya yang mengalami perubahan; dan laksana sains moden telah menunjukkan yaknii tiada yang mutlaknya statik, oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
Norman Cousins

sumber internet

Antopologi

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.
Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:-
Antropologi budaya
Antropologi fizikal
Antropologi linguistik