Saturday, June 21, 2008

EMAS HITAM

Aku dan alam
ingin hidup
bergantungan
tetapi aku tergantung
mereka memancung
siapa?
penggubal itu!

Monday, April 14, 2008

Remaja Timur dan Kupasannya

Remaja - iaitu zaman transisi ke zaman dewasa dan telah melepasi zaman kanak-kanak. pada zaman inilah seseorang individu menerima banyak pengaruh dari aspek Jiwa Emosi
Rohaniah dan intelektual (J.E.R.I) dalam pada saat inilah remaja sedang mencari identiti diri.Penghargaan dan penghormatan diri juga mencari keyakinan yang dapat mempertegaskan identiti dewasa mereka. Detik ini remaja sedang menjalani satu revolusi kehidupan yang lebih bertanggungjawab dan anjakkan paradigma kearah kehidupan berdikari. Dalam pencarian identiti ini tidak semua remaja mampu bertahan dan pengaruh budaya sosial barat,Hedonistik ini sering menjadi sandaran kepentingan utama dalam kalangan remaja.

generasi terbesar dalam usia 10-19 tahun di dalam sejarah, beranjak dewasa di dunia yang sangat berbeda daripada dunia di waktu para orang tua mereka beranjak dewasa. Meskipun laju perubahan berbeda di antara dan di dalam wilayah dunia.

Marcapada ini, kita dikejutkan dengan pelbagai ragam jenayah yang berkaitan remaja seperti vandalisme,salah laku pelajar,merokok,budaya Hedonistik(iaitu budaya bersuka-suka)masalah sosial,kebejatan moral dan aqidah juga remaja zaman ini tidak serius dalam menghadapi cabaran persaingan dunia global. Seterusnya Hal ini demikian mampu menjatuhkan kepimpinan sesebuah negara.

Remaja merupakan sumber tenaga manusia yang paling berharga.justeru penbanggunan sumber tenaga manusia yang kita ada ini adalah untuk melahirkan golongan generasi yang tangkas,bergerak pantas dan berjiwa besar,mampu mempengaruhi kepimpinan negara dan membangkitkan semula tamadun keilmuan yang selama ini dibarisi golongan inteletual barat.

Remaja juga merupakan modal utama negara dalam membangunkan sektor-sektor ekonomi secara menyeluruh dan menjadi pencetus idea-idea baru kepada corak pentadbiran dan mencari seberapa banyak formula penyelesaian permasalahan umat dan krisis-krisis politik dunia yang mengancam negara.

Dalam aspek kebudayaan pula remaja timur pula seakan-akan sudah melupakan tamadun budaya mereka yang berlandaskan prinsip-prinsip berbudi bahasa.Hormat menghormati dan keharmonian pergaulan yang menuntut penghormatan kaum,jantina dan agama serta amat menekankan pemeliharaan maruah diri yang menjadi lambang kemurnian budaya ketimuran. Remaja hari ini lebih menyerap unsur budaya barat seperti Gothik,Punk, Skin Head juga dari pelbagai aspek lain seperti pemakaian,pergaulan,pegangan,
Pepatah Hang Tuah ada mengatakan "takkan melayu hilang didunia" tetapi budaya siapa yang menjelajah anak bangsa? dalam konteks kata lain Melayu itu dipandang secara menyeluruh iaitu dari segi ketinggian tamadun kebudayaannya.
melayu takkan hilang sama sekali cuma adakah ciri-ciri kemaelayuan itu akan terus terpelihara? Akhirnya hilanglah identiti melayu itu sendiri dan menjadi Melayu hanya atas nama dan label pada identiti kad?

Thursday, March 27, 2008

Calsberg [jolly Shandy]




lurve 94 (3/26/2008 8:08:59 PM): Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM................. JANGAN LUPA SEBARKAN , ANDA AKAN DOSA SEUMUR HIDUP KERANA MENDAPAT INFO TAPI tak SEBARKAN...." ini bahang dunia globalisai
segala daya upaya tipu muslihat sedang meronta-ronta dalam dunia yang semakin dihimpit keruntuhan moral manusia

Luahan Insan Hina


Detik demi detik aku melalui persimpangan hidup ini.
antara perantaraan tercetus idealism-idealism dari sekeping nota
fikiranku.

sidney tony bremer said "bagaimana anda mampu berharap
untuk sampai sekiranya anda sendiri
tidak tahu kemana arah tujuan?"

memory itu ilhamku..
memory itu kehidupanku..

layakkah manusia memanggilku dengan panggilan pengemis hina??
walaupu benar..sanggupkah mereka memperbodohkan aku seperti
binatang-binatang di bumi?

satu malam yang hening aku mula mengurai tangis senja
dalam hatiku yang dilanda amarah.aku biar membeku dengan sejuta
keraian.biarlah mereka gembira dengan tangisanku...
kerna aku tak gentar dgn tangisan-tangisan tu~
jgn pernah untuk lemparkan hina pada insan sepertiku
dengan luahan aku yang seolah-seolah tak pernah berusaha! bukan aku tak usaha
tapi kalian yang tak pernah usaha! usaha untuk menilai usahaku!
usaha untuk tampilkan aku dalam ruang harian kalian!
jika kalian anggap kalian tak perlukan aku! benar!
aku jua tak mengharapkan kalian-kerna aku masih ada tuhan

Wednesday, March 19, 2008

Jiwa Remaja Sentiasa Bergelora! ! !




Isu kali ini lebih menyasarkan tentang persoalan hati,jiwa dan perasaan.Kisah remaja memadu kasih sudah lapuk kedengaran tapi yang merunsingkan sekarang ini adalah fenomena couple inibukan sahaja dalam kalangan remaja budak-budak seawal umur 9 tahun pun sudah memahami erti cinta atau couple.tak salah manusia memiliki perasan cinta tetapi cinta itu harus kuat dipersefahamankan dalam sanubari jangan dibiarkan mengganggu nafsu berahi.

Lihat sahaja kanak-kanak seawal umur 9 tahun bila berchating melalui internet yang kebanyakkan perempuan seolah-olah tidak punya topik lain yang mahu dipersembangkan tetapi topik "Awk dah couple?"

itulah yang utama yang terjadi diruangan Chating mencari Chinta.mungkin ini bias dunia globalisasi yang kian moden,canggih dan murah.

Nak salahkan siapa? budak-budak? nak kata ibu-bapa tak ajar anak! takkan tak ajar pulak kot?? Tapi lihatlah ibu-bapa moden zaman ini..senang saja bagi pengasuh menjaga anak mereka.Anak-anak macam permata hati.cuma ada di hati tapi tak ada diotak!!mana kasih sayang? mana chinta? anak-anak sangatlah dahagakan keprihatinan sehingga membuatkan mereka mencari teman yang kononnya mampu meluahkan bicara melepaskan tekanan!!meluahkan dara? menagih prihatin? menagih apa kalau bukan ICE!! ECSTASY? GAM? hah!!

Adakah ini barisan generasi yang bakal mencorak warna pentadbiran negara satu hari kelak? Wahai generasiku hindarilah segala maksiat!! segala keghairahan dunia!! hidup hanya sekali semata-mata tujuannya hanyalah untuk bertasbih siang malam mengkaji kuasa tuhan menjalani kehidupan dengan penuh kebahagiaan.

FARDU AIN dan KIFAYAH jangan dilupakan biar seiring berjalan melewati masa-masa gemilang.

Zaman ini kita berhadapan dengan musuh apa sekarang ini? dadah? huhuh!! kedengaranya keras! memang keras!! generasi kita yang lelaki banyak di pusat serenti yang perempuan pula tidak kurang hebatnya.Malaysia boleh kita pun boleh.Kita hebat.Dunia kita duniakebahagiaan!! tak percaya tanya ja kat mat rempit.....

"Awak bahagia ke hidup macam nie?"
"of course bahagia..
awak tak paham kehidupan gaya kami.
kami cuma anak jalanan uang punya segala-galanya.
Awak takkan faham walaupun awk cuba nak faham!!"

tanya pula penagih tegar

"Awk taknak berubah ke?"

"Awk tak nak keluarga bahagia?"

Awk taknak beristeri beranak"

"sapa yang taknak semua tu?
seboleh-bolehnya saya inginkan semuanya!!
saya nak punyai keluarga bahagia!!
tapi awk tak pernah berada dalam situasi saya!!
awk boleh kata dan berhujah tapi awk bukan saya!!
bila awk dok kat tempat saya.mampukah awk berubah??
try la tengok!!!"

Masuk pula bab Rasuah. Rasuah bukan amalan kita!Rakyat yang bagi pendapatan kepadajabatan kleselamatan untuk menjamin keselamatan rakyat! tup!! tup!! yang yang jadi sandaran.yang nak diharapkan pagar pagar pula makan padi! Golongan kaya raya itu sudh tak sedar diri Asl nampak peluang ,masuk duit.dah kaya raya masih nak makan duit haram duit rasuah macan harta ini boleh bawa masuk kubur? kalu boleh sekalipun kenapa nak bawa masuk duit haram juga.

Dengan lagak sombong hina orang miskin! bila yang berperanan Bos tu tak habis-habis menceritakkan kebaikkan kehebatan diri bila diri salah pasti saja cari kesalahan pekerja bawahan!mentang mentang mereka kaya!! Apa diorang fikir harta kekayaan boleh buat orang sanjung ka?
tanyalah kat pelayan restoran..

"awk takda hati nak jadi bos cam bos awk sekarang niy?

"Sape yang taknak kalau boleh sembang bangga diri dengan rakan rakan bisnes!!
harta ku juta juta!!
banglo ku sini sana!
kalau sedekah orang miskin takyah kerjalah diorang tu..
bukan taknak sedekah tapi saja nak bagi diorang tu berusaha sikit!!
lembab taknak kerja!! otak ada taknak guna!!
sembang-sembang aku itu aku ini!!buat pekerja macam kuli badak!!
takda belas kasihan!!tapi diorang tak ingat?
takda pekerja diorang tu pun tak kaya!!
sibuk cari hata buat warisan turun temurun!
tapi cari bekalan untuk akhirat diorang tak cari!!
biarlah!! hidup niy dengan nyawanya!! biar matipun aku tak kisah!!
Aku banyak harta!! boleh beli keranda mewah!!
siap pasang penghawa dingin!!

Friday, January 11, 2008

Pencarian iii



DALAM MENCARI SIAPA TUHAN


Aku tubuh sekujur disini.terdampar sepi atas batu lautan mimpi. di harung ombak sepi.. Aku ingin melihat matahari. aku ingin menghadap sinaran itu..tapi awan hitam ini masih disini mengaburi aku..hilannglah..pergilah..beraraklah awan hitam..jangan kau selubungi aku..Ahh!!!sedap,tubuhku selesa,panas menyenangkan,matahari hebat berkuasa,kuasanya mampu menerangkan seluruh alam semesta..matahari kau tuhanku..kau tuhanku..kau tuhanku..
Eh!!! mana pergi matahari,gelap..senja..dingin malam ini ..Ahh!!!bulan,bintang menyinar gemerlap bercahaya gemilang..indah mengindahkan jiwa,,ah..syahdu malam ini.. bulan,bintang kau tuhanku..kau tuhanku..kau tuhanku..Eh!! mana pergi bulan matahari? bintang? mendung suram,langit wahh!! mencakupi bulan,bintang dan matahari..langit luas berelung jutaan luas..langit..langit..langitlah tuhanku..langit tuhanku..langit tuhanku..
tunggu!!tunggu!!tunggu!! aku mampu mencari siapa tuhan..aku hebat..aku hebat..aku hebat..aku makhluk yang bergerak mampu mengubah mata dunia,aku tuhan aku tuhan aku tuhan..Hey!!! manusia!! jangan kamu menyembah bulan,bintang,matahari,langit,segala bumi..kerna aku lah tuhanmu... aku tuhan!
TUNGGU!!!kamu cuma makhluk seperti kami..apa kamu punya kuasa apa?? Ahh!! benar..aku cuma makhluk seperti mereka..punya dua mata..punya dua telinga..punya sepasang kaki,tangan mulut dan kenapa mereka juga punya yang sama??
Ahh!!jkalau aku benar tuhan pasti aku tidak memerlukan udara untuk bernafas!!Air untuk hidup!! matahari untuk melihat bumi..sepastinya aku benar tuhan pasti aku berkuasa ke atas semua ciptaan yang meliputi bumi dan langit..petala langit.. aku bukan tuhan..aku bukan tuhan..aku bukan tuhan... habis mana tuhan???siapa??

Thursday, January 3, 2008

bila aku berpantun


2007 berlalu sudah.2008 kian menjelma.dalam aku ketidaksedaran segala dosa aku singkir sendiri.aku lipat dalam lipatan sepi.dalam lipatan hatiku sendiri. aku buka lembaran baru.lembaran sunyi bercahaya gelora.dalam cerahan masa!!! aku akan melangkah dengan iltizam gila.aku akan gila berkerja.namun satu sengketa rakyat yang tak putus dalam jutaan tahun mari kita berpantun......



makin sakit makin kaya
makin pilihan raya makin sengketa

kita reka cerita lucah
kita jual gadai maruah

bila rakyat pangkah pemimpin sendiri..
pemimpin pangkah rakyat berat rezeki..

dia memang bukan mulia
tapi hartanya lebih mulia

jangan sampai pecah dimulut
takut nanti pecah diperut

dicucuk hidung anak lembu
yang bodoh itu aku..

guna mata buat pilihan
biar air liur yang tentukan..

****
tahun baru datang lagi,
aku datang dengan gelora
biar masa depanku mencorak
tanpa belenggu dosa tahun sudah

Sejarah




REMAJA>>

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapaPada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-anganRemaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
Senang Terpengaruh oleh EmosiOrang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
(daripada sumber dari internet)

SEJARAH>>


Sejarah ialah penafsiran dari peristiwa lepas, masyarakat dan tamadun. Istilah sejarah berasal dari Greek historia (ἱστορία), "suatu akaun dari selidikan seorang," dan berkongsi yakni etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan yakni "sejarah dari akal lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi yang dari dunia semulajadi juga. Ia segala-galanya yang mengalami perubahan; dan laksana sains moden telah menunjukkan yaknii tiada yang mutlaknya statik, oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
Norman Cousins

sumber internet

Antopologi

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.
Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:-
Antropologi budaya
Antropologi fizikal
Antropologi linguistik