Monday, April 14, 2008

Remaja Timur dan Kupasannya

Remaja - iaitu zaman transisi ke zaman dewasa dan telah melepasi zaman kanak-kanak. pada zaman inilah seseorang individu menerima banyak pengaruh dari aspek Jiwa Emosi
Rohaniah dan intelektual (J.E.R.I) dalam pada saat inilah remaja sedang mencari identiti diri.Penghargaan dan penghormatan diri juga mencari keyakinan yang dapat mempertegaskan identiti dewasa mereka. Detik ini remaja sedang menjalani satu revolusi kehidupan yang lebih bertanggungjawab dan anjakkan paradigma kearah kehidupan berdikari. Dalam pencarian identiti ini tidak semua remaja mampu bertahan dan pengaruh budaya sosial barat,Hedonistik ini sering menjadi sandaran kepentingan utama dalam kalangan remaja.

generasi terbesar dalam usia 10-19 tahun di dalam sejarah, beranjak dewasa di dunia yang sangat berbeda daripada dunia di waktu para orang tua mereka beranjak dewasa. Meskipun laju perubahan berbeda di antara dan di dalam wilayah dunia.

Marcapada ini, kita dikejutkan dengan pelbagai ragam jenayah yang berkaitan remaja seperti vandalisme,salah laku pelajar,merokok,budaya Hedonistik(iaitu budaya bersuka-suka)masalah sosial,kebejatan moral dan aqidah juga remaja zaman ini tidak serius dalam menghadapi cabaran persaingan dunia global. Seterusnya Hal ini demikian mampu menjatuhkan kepimpinan sesebuah negara.

Remaja merupakan sumber tenaga manusia yang paling berharga.justeru penbanggunan sumber tenaga manusia yang kita ada ini adalah untuk melahirkan golongan generasi yang tangkas,bergerak pantas dan berjiwa besar,mampu mempengaruhi kepimpinan negara dan membangkitkan semula tamadun keilmuan yang selama ini dibarisi golongan inteletual barat.

Remaja juga merupakan modal utama negara dalam membangunkan sektor-sektor ekonomi secara menyeluruh dan menjadi pencetus idea-idea baru kepada corak pentadbiran dan mencari seberapa banyak formula penyelesaian permasalahan umat dan krisis-krisis politik dunia yang mengancam negara.

Dalam aspek kebudayaan pula remaja timur pula seakan-akan sudah melupakan tamadun budaya mereka yang berlandaskan prinsip-prinsip berbudi bahasa.Hormat menghormati dan keharmonian pergaulan yang menuntut penghormatan kaum,jantina dan agama serta amat menekankan pemeliharaan maruah diri yang menjadi lambang kemurnian budaya ketimuran. Remaja hari ini lebih menyerap unsur budaya barat seperti Gothik,Punk, Skin Head juga dari pelbagai aspek lain seperti pemakaian,pergaulan,pegangan,
Pepatah Hang Tuah ada mengatakan "takkan melayu hilang didunia" tetapi budaya siapa yang menjelajah anak bangsa? dalam konteks kata lain Melayu itu dipandang secara menyeluruh iaitu dari segi ketinggian tamadun kebudayaannya.
melayu takkan hilang sama sekali cuma adakah ciri-ciri kemaelayuan itu akan terus terpelihara? Akhirnya hilanglah identiti melayu itu sendiri dan menjadi Melayu hanya atas nama dan label pada identiti kad?

Sejarah




REMAJA>>

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapaPada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-anganRemaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
Senang Terpengaruh oleh EmosiOrang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
(daripada sumber dari internet)

SEJARAH>>


Sejarah ialah penafsiran dari peristiwa lepas, masyarakat dan tamadun. Istilah sejarah berasal dari Greek historia (ἱστορία), "suatu akaun dari selidikan seorang," dan berkongsi yakni etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan yakni "sejarah dari akal lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi yang dari dunia semulajadi juga. Ia segala-galanya yang mengalami perubahan; dan laksana sains moden telah menunjukkan yaknii tiada yang mutlaknya statik, oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
Norman Cousins

sumber internet

Antopologi

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.
Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:-
Antropologi budaya
Antropologi fizikal
Antropologi linguistik