Saturday, September 29, 2007

MY SCHOOL STORY


Chapter <1> Malam Yang Penuh
Siang melabuhkan sinarnya menggantikan malam yang penuh kedinginan.Angin bayu sesekali berhembusan meragut dedaunan muda. Sepertinya aku insan atas muka bumi ini entah bila dan waktu akan kembali ke tuhanku.Itulah ketentuan akan kejadian manusia dan segala makhluk ciptaan-Nya. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhiran.

Malam yang meletihkan.Kesesakan bandaraya Alor star serta kebisingan amat menyakitkan. Aku berasa letih sekali. Tubuh badan ku tidak berdaya lagi.Relung teku ku haus.

sesekali bersiar-siar bi bandar bersama teman teman memang menyeronokkan. Petang tadi aku bersama Saiful,Hery dan Ewan sengaja menghabiskan masa sepetang di bandaraya Alor star.Sudah jadi rutin

agaknya apabila terasa bosan bercuti hanya duduk dirumah saja kata sepakat sebulat suara bersiar di bandar pasti saja tercapai kata putusnya.

Sepanjang menyusuri lorong ke rumah ku, aku sempat perhatikan bintang di langit luas. Indah sunguh kelihatan ciptaan tuhan. Kehebatan Allah pastinya sekali aku terasa. Aku berimaginasi seandainya bumi ini mampu bersuara dan bintang-bintang ini bisa berkata-kata pasti ia akan mengatakan asal kewujudannya yang pasti luar biasa.pasti sudah melopong aku mendengarnya.

Setiba di pintu pagar kelihatan ianya berkunci pasti tiada siapa berada dirumah ketika ini. Ayah pasti sahaja di tempat kerja nya sementara abang entah melepak bersama temannya di cyber cafe Capochinho.Ibu dan ikhwan. hah.. entah kemana mereka pergi malam begini. Aku melihat jam di tangan.pukul 9.00 malam tepat. Aku membuka pintu pagar perlahan dan perlahan-lahan langkah kaki ku berjalan menuju pintu utama. Aku teraba-raba mencari kunci pintu di bawah almari kasut.Ibu selalu letakkan kunci disitu apabila mahu keluar kemana-mana sekalipun.bersuluhkan cahaya dari handphone ku akhirnya dapat jua kuncu yang kucari.

Setelah pintu di buka aku mula meraba-raba lagi tapi kini tidak lagi di pintu tapi di dinding mencari suis lampu ruan tamu rumah.cerah dan selesa rasanya setelah lampu terpasang.Aku dapat meneliti setiapa inci ruang rumah.seperti biasa aku mencapai secarit kertas nota yang sering ditinggalkan ibu.
nota ringkas itu ku baca dan fahami

Ibu keluar dengan abang kau dan Aiman
keluar makan, mak tak masak malam ni.
nanti balik mak belikan kau makanan ya!?

Selesai membaca nota itu. Aku terus mencapai tuala mandi warna merah yang atasnya tertera logo kelab sepak Eropah.Manchester United.tuala kepunyaan Abang khairi. Beliau memang meminati sukan bola sepak yang popular di srata mata dunia.Dan kelab kesayangan pula sudah tentu M.U jika tidak masakan tuala itu menjadi kesayanganya.

Aku masuk ke kamar mandi. Perlahan aku membuka pancur mandi. Kedinginan air seperti meresapkan kembali semua tenaga yang aku keluarkan sebentar tadi. mataku ku kembali cerah rasa mengantuk tiba-tiba hilang.urat sarafku seperti baru di servis.sungguh segar.
lagi nyaman malam hari begini.

Selesai mandi dan mengenakan pakaian tidur lalu aku lantas mengambil wuduk lalu mengerjakan solat ishak. satu perintah tuhan yang amat sukar untuk aku tidak mengendahkan nya. satu kewajipan yang harus kutunai. jua satu Amanah dari tuhan serta ibu ku. Amanah dari diri sendiri yang membuat ku tidak seharusnya leka dalam amal ibadat ku.

sujudku menyembah tuhan yang satu.
Kucecahi selembar dahi ku
ke selembar baldu sejadah menyembahMu
Aku sujud ikhlas kebesaranMu
terasa bagai berada di lautanMu yang tenang
seolah terbang ke langit angkasaMu yang luas
yang bisa buwakan ku jauh
dari kekacauan duniawi
kekejaman makhlukmu
pertengkaran harta kurniaan mu
Aku menikmati akn ketenangan itu

kreuukk!!

Bunyi pintu rumah dikuak berserta alunan ucapan "assalamualaikum" daripada suara lembut seorang wanita yang sememangnya kukenal amat. suara ibu memberikan salam.

"waalaikumsalam.." aku menjawab salam sederhana perlahan.

"hm..ini ada ibu belikan kau makanan. ada nasi kandar mamak nasymir sama air milo ais" kata ibu sambil melirik senyum.

Aku menjamah dengan selera makanan yang di beli ibu.Sambil mendengar radio yang ku menghabiskan milo ais.Sedetik aku terdiam tatkala lagu dari sebuah band Indonesia lantang berkumandang.Dealova,nyanyian Once Dewa. mungkin lagu ini sedikit sebanyak mengimbas kembali segala memori yang pernah terukir antara aku dan teman-teman semasa musim persekolahan yang lalu. mungkin juga aku lagu ini sering dinyanyikan oleh aku bersama teman-teman.Lagu yang mengasyikkan.

"Jangan lupa padamkan lampu sebelum kamu masuk tidur ya!" Pesan ayah kepadaku.

Aku lantas bangun ke dapur mencuci tangan dan membuang sisa makananku.

Sebelum ke kamar aku sempat mencapai senaskah majalah Remaja di atas rak buku bersebelahan televisyen. Kelly clarkson menjadi penghias muka depan majalah itu bagi keluaran terbaru .Aku menyelak sehelai demi sehelai hanya sekadar memandang kosong.Tidak ada satu tajuk pun yang menarik perhatianku membaca atau mungkin juga aku telah keletihan seharian dibandar.

Aku perhatikan meja tulis berselerakkan dengan komik-komik dan beberapa buah buku latihan yang baru ku beli untuk persediaan masuk musim persekolah bagi tahun baru ini.Aku berazam untuk menjadi pelajar yang rajin dan disiplin tak seperti tahun-tahun sebelumnya.

Aku kembali menyusun buku-buku serta komik yang berselerakkan perlahan. Jendela kamar di buka.Anging malam berhamburan masuk melalui ruang jendela memenuhi segenap ruang bilik. Dedaun sesekali berguguran.Malam masih panjang.Entah mentari esok dan sinarannya masih mampu aku nikmati.Aku termenung sendirian.Esok bakal terjadi atau tidak aku harus jua memikirkannya. Diatas katil aku terbaring melunjurkan kaki.merenggangkan urat-urat .Tulang mudaku kelenguhan.Aku mencapai Handphone lalu mengaktifkan jam penggera tepat jam 5.00 pagi. Esok hari pertama persekolahan.Aku tak mahu lambat.Aku ingin segalanya berjalan lancar.

Sebelum aku terus lelap dalam lenaku yang panjang aku terlebih dahulu berdoa kepada Allah moga diberi kesejahteraan kepada keluargaku dan keterangan jiwa.Hidayah serta inyahNya.Rahmat dan TaufikNya.Hari-hari yang penuh berkah.Moga diberi kehidupan selepas lenaku.Moga dijauhi bala sengsaara.Moga dilindung dari ancaman musuh dari langit atau bumi jua dari alam berlainan.Moga lelapku sebentar lagi dihiasi akan mimpi-mimpi indah. Amin

aku renung dalam-dalam akan apa yang ku lakukan seharian ini.Seterusnya aku tidak ketaui akan apa yang berlaku selepas itu.Gelap.


tokk! tokk!

Hazif!! bangun nak.. sarapan dah siap atas meja tu nanti sebelum ke sekolah jangan lupa makan dulu ya? nanti gastrik kau tu serang lagi pula..ibu pergi dulu ya!"

Tidurku yang panjang semalaman tersentak dengan panggilan ibu mengejutkan aku. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku. Bersuluhkan cebisan-cebisan cahaya yang terpancar masuk dari luar melaui liang-liang pintu kamarku yang tak rapat,aku tetap perhatikan jam didinding. Tepat jam 6.oo pagi. Aku membangunkan tubuh badanku yang sekian waktu telah direhatkan.Seluruh urat sarafku mulai berfungsi.
Ruang kamar yang hanya sebesar 3 meter lebar dan 4.5meter panjang bersuasana dingin sekali. Mungkin berikutan jendela kamar yang kubuka semalam tidak ditutup. Angin bayu pagi ini keras berhambusan masuk ke sekelumat ruang kamarku.Tambahan pula kipas angin berputar ligat disisi katilku. aku segera menutup suis kipas lantas mencapai daun tingkap lalu menutupnya pantas.
Kedua-dua belah tapak tangan kurautkan pada wajahku. Sambil beristigfar. Kemudian terus mengatur langkah ke kamar mandi.

Selesai mandi aku masuk semula kedalam bilik. Semasa melangkah masuk. Telingaku kedengaran suara serak-serak basah ayah sedang mengalunkan irama dari kalam tuhan.
Ayah sedang membaca surah Yasin. Satu surah yang benar-benar bisa membuat semua manusia membuka mata akan ke-Esaan Allah pentadbir sekian alam.itupun sekiranya dihayati dengan penuh ketulusan dan kesungguhan. Tanpa berlengah aku masuk kedalam kamar.
Jari jemariku meraba-raba mencari suis lampu didinding bersebelahan bersebelahan pintu bilik.
Uniform biru muda lengkap bertali leher serta seluar panjang berwarna biru gelap kusarungkan pada tubuhku. Aku memandang wajahku dihadapan cermin yang sedia tergantung didinding berdekatan ruangan meja bacaanku.a

"sesekali tengok handsome juga aku ni ya? haha.." sengaja aku berjenaka dengan diri sendiri bagi membangkitkan mood pagi hari ini.

Sejarah




REMAJA>>

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapaPada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
Suka berangan-anganRemaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
Senang Terpengaruh oleh EmosiOrang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
(daripada sumber dari internet)

SEJARAH>>


Sejarah ialah penafsiran dari peristiwa lepas, masyarakat dan tamadun. Istilah sejarah berasal dari Greek historia (ἱστορία), "suatu akaun dari selidikan seorang," dan berkongsi yakni etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan yakni "sejarah dari akal lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi yang dari dunia semulajadi juga. Ia segala-galanya yang mengalami perubahan; dan laksana sains moden telah menunjukkan yaknii tiada yang mutlaknya statik, oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
Norman Cousins

sumber internet

Antopologi

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.
Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:-
Antropologi budaya
Antropologi fizikal
Antropologi linguistik